in , ,

Mengenali Pereka Fesyen Terkenal Hatta Dolmat, Di Sini Bermulanya

Menyedari tidak mudah untuk mencipta nama, menjadikannya tidak jemu mencari resipi kejayaan kerana percaya ia boleh dimiliki jika gigih berusaha dan membuka minda dengan idea-idea baharu.

Foto yang dikirimkan oleh saudara Isma Yusoof begitu menarik perhatian saya. Setiap kali mendapat titipan dari jurugambar profesional seperti Isma, setiap kali itu juga saya terpegun dengan adunan warna yang begitu menawan.

Hatta Dolmat

Merujuk kepada foto model aka bekas penyanyi kumpulan Elite yang kini tidak lagi berada dalam kelas elitnya… apa yang anda lihat? Foto ini kelihatan menarik kerana seni fotografinya atau gaya tatariasnya, atau gaya sang peraganya atau kostum itu sendiri? Yang mana memainkan peranan penting dalam menjadi sumber tarikan utama?

Kasyaf by Hatta Dolmat

Jawapannya, kesemua jawaban di atas! Semua memainkan peranan. Dan untuk menghasilkan foto yang sempurna bukan mudah. Anda bukan hanya perlu membeli kamera yang canggih, malah anda perlu ada aura seni fotografi.

Adakah foto ini mempunyai apa-apa makna? Pada yang tidak tahu, fesyen yang digayakan dalam foto ini adalah hasil rekaan Hatta Dolmat Siapa dia Hatta Dolmat?

Pada saya, pereka ini sudah sinonim dengan Ning Baizura, dua anak didiknya, Niikki dan Yanni. Yang menariknya, Hatta Dolmat begitu kreatif dalam menciptakan rekaan yang tidak berserabut pada pandangan mata.

Walaupun, beliau nampaknya lebih cenderung dengan gaya urban, gothic dan elegan, namun pada saya dia mempunyai bakat yang mendalam.

Ramai yang menjangkakan, Hatta boleh pergi jauh sekiranya ramai pihak yang buka mata. Pendapat anda bagaimana pula?

Muhammad Hatta Dolmat (lahir 19 Disember 1982) ialah seorang pereka fesyenMalaysia. Beliau telah melakar sejarah sebagai pereka fesyen lestari pertama dengan koleksi lestari di Malaysia dan tercatat dalam Malaysia Book Of Records[1] sebagai pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan penghasilan pakaian berkonsep pelestarian alam sekitar.

Hatta Dolmat dilahirkan pada 19 Disember 1982 di Melaka. Meskipun dilahirkan di Melaka, Hatta dibesarkan di Bandar Baru Bangi, Selangor[2]. Hatta memulakan jalan pendidikannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam Diploma Fesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak pada 2000-2003, dan seterusnya menyambung pengajian Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di UiTM Shah Alam, Selangor pada 2003-2005.

Hatta terlibat aktif menyertai program Selamatkan Hutan Kita kendalian badan bukan kerajaan, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka)[3].

Anugerah Yang Pernah Diterima

  • 2003 – Pemenang Anugerah Pereka Muda (daripada One Utama dan Jaya Jusco)
  • 2005 – Pemenang Anugerah Piala Jarum Berlian (daripada Utusan Malaysia)
  • 2005 – Pemenang Trofi Pesona Pengantin (daripada Kumpulan Karangkraf)
  • 2006 – Anugerah Pakaian Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
  • 2006 – Terpilih sebagai salah seorang pereka fesyen untuk menunjukkan rekaan dalam Anugerah Era
  • 2007 – Tempat Ketiga dalam program Project Runway Malaysia
  • 2007 – Pemenang Anugerah Ethnic Chic Design Award, anjuran Persatuan Fesyen Singapura
  • 2007 – Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
  • 2008 – Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
  • 2008 – Tersenarai dalam Sepuluh Bintang Meningkat Naik dalam Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia, oleh Perikatan Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFA)
  • 2009 – Anugerah Anak Warisan Tokoh Belia
  • 2010 – Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
  • 2010 – Pereka Terbaik Tahun Ini, oleh Persatuan Pereka Bumiputera (BWD).
  • 2011 – Pereka Terbaik Tahun Ini, oleh Universo De’ Commercio Business Awards
  • 2017 – Anugerah Ikon Industri Kreatif oleh UiTM.

Profile Hatta Dolmat

Muhammad Hatta Bin Dolma
Gelaran Hatta Dolmat
25 tahun
19 Disember 1982
dilahirkan di Melaka. dibesarkan di Bandar Baru Bangi Selangor.
anak ke 4 dari 6 adik beradik.

Education

SPM – bandar baru bangi
Diploma In Fashion Design – UITM Seri Iskandar
Degree With Hons – UITM Shah Alam

Archievement

Winner – Young Designer Award 2003 By Jusco And One Utama
Winner – Trofi Pesona Pengantin 2005 By Kumpulan Karagkraf
Winner – Anugerah Piala Jarum Berlian 2005 By Utusan Malaysia
Best Dress – Anugerah Bintang Popular 07 (Erra Dazira)
Winner – Ethnic Chic Design Award 2007 Singapore Design Competition By Singapore Fashion Sociaty
Top 3 – Project Runway Malaysia 2007
Anugerah Anak Warisan – Tokoh Belia 2009

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Padu! Rombakan Jadual Hot FM 2007 Untuk Gamit Pendengar Yang Sukakan Komedi & Hiburan

Temubual Eksklusif Bersama Waiem