in , ,

Faizal Ismail & Krill Rashid Tubuhkan HIDAYAT TV, Bakal Bersiaran Mulai 4 September Ini

Faizal Ismail & Krill Rashid Kini Sedang Sibuk Menubuhkan Sebuah Saluran Religi Terbaharu iaitu HIDAYAT TV Yang Bakal Bersiaran Mulai 4 September Ini. Semoga Program Ini Memberikan Manfaat dan Sumber Ilmu Untuk Kerohanian dan Menyebarkan Kebaikan Buat Semua Penonton!

Personaliti Penyiaran, Faizal Ismail dan Krill Rashid bersepakat untuk menubuhkan Hidayat TV, sebuah saluran media yang akan bersiaran melalui Facebook dan Youtube bermula 4 September 2021. 

Menyedari perlunya sebuah saluran media digital yang fokus untuk membawa mesej kerohanian dan kebaikan , kedua-dua personaliti ini merasakan sudah tiba masanya untuk mereka menafaatkan segala ilmu dan pengalaman mereka dalam bidang penyiaran dan menubuhkan Hidayat TV. 

Antara program yang telah dirancang untuk peringkat awal Hidayat TV adalah kisah-kisah pengalaman masyarakat yang melalui cabaran dalam mencari kebaikan dan kerohanian, menyingkap kisah teladan dari sirah Nabi, serta wawancara bersama  para selebriti yang membuat keputusan untuk melakukan perubahan hidup.

Faizal Ismail & Krill Rashid Tubuhkan HIDAYAT TV, Bakal Bersiaran Mulai 4 September Ini

Hidayat TV akan beroperasi secara rasmi bermula 4hb September 2021 pada jam 9:30 malam. 

Siaran pembukaan ini akan diserikan dengan penampilan para tanu selebriti :-

1. Ustaz Ahmad Farkhan (Daie)

2. Ustaz Nabil Ahmad

3. Mel Wings

4. Baggio Damasutra

5. Dato Nash

6. Ijam Medicine

7. Nabil Ahmad 

Untuk permulaan, Hidayat TV hanya bersiaran secara langsung pada setiap Sabtu, jam 9.30 malam dan akan dikendalikan sendiri oleh Faizal dan Krill. 

Orang ramai dijemput untuk mengikuti Hidayat TV Malaysia menerusi laman Facebook dan Youtube. 

Bagi Faizal dan Krill, Hidayat TV bukanlah kerjasama pertama mereka. Sebelum ini, mereka pernah bersama sebagai penyampai radio di Era dan pernah menghasilkan sebuah album bersama sebagai kumpulan duo yang dikenali sebagai Khafi.

Moga Hidayat TV mendapat reaksi yang baik dari mereka yang mengikuti. 

https://www.facebook.com/hidayatTVmalaysia/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahrol Shiro Balas Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Penyanyi Bergabung Jayakan WE LIVE TO GIVE Sebuah Lagu Penuh dengan Harapan