in

Penjelajahan Homesray dalam Program Keliling Kampung

PENJELAJAHAN HOMESTAY DALAM KELILING KAMPUNG DI TV1

Keunikan negara kita bukan sahaja pada kekayaan flora dan fauna malah pada keterbukaan penduduk Malaysia melayani pelancong dalam negara atau luar negara yang rata-ratanya datang dari seluruh pelusuk dunia. Homestay merupakan salah satu daripada projek pelancongan yang mengetengahkan kehidupan dalam suasana kampung yang mesra dan tradisional. Ini juga merupakan salah satu daripada pendekatan yang dapat diperoleh oleh pelancong dalam mengenali dengan lebih dekat khazanah Malaysia.

Terdapat banyak kawasan homestay yang belum diterokai sepenuhnya oleh para pelancong sekalian. Untuk memperkenalkan keindahan kampung-kampung ini, Radio Television Malaysia (RTM) menerbitkan sebuah rancangan yang memaparkan pelbagai kawasan-kawasan homestay dalam program Keliling Kampung setiap hari Rabu bermula 8 Disember 2010 lalu, jam 3.30 petang di saluran TV1.

Homestay

Rancangan yang disiarkan melalui slot Santai ini, penonton akan dibawa untuk melihat pengalaman hidup dalam masyarakat yang berbeza dari pelbagai aspek sosial yang dapat memberi satu nilai yang tinggi kepada pembangunan nilai insan kepada pelancong.

Bagi yang mengenali aktor berbakat, Fizz Fairuz pasti tidak mahu melepaskan peluang melihat telatah beliau sebagai pengacara rancangan Keliling Kampung. Meneruskan kelebihan homestay, bukan sahaja dapat mengenali adat sesuatu kawasan malah melibatkan satu hakikat kehidupan sebenar yang melibatkan seluruh sistem kemasyarakatan. Justeru itu, pihak penerbit percaya bahawa rancangan ini mampu memberi kesedaran dalam diri penonton mengenai homestay lantas meningkatkan jurang komunikasi serta menambah ilmu kerana ia umpama mempelajari satu kamus kehidupan.

Program ini akan bukan sahaja mengetengahkan kehidupan semasa homestay, malah berkait rapat dengan alam semula jadi. Dalam menghayati suasana kehidupan dalam lokasi terpilih, rancangan ini akan memberikan satu pengalaman kehidupan yang berharga dan menjadikan seolah-olah turut sama menyertai kehidupan homestay.

Secara keseluruhan, kandungan program Keliling Kampung yang disiarkan 13 episod akan memperincikan sesuatu aktiviti atau acara dengan menyorot dari pelbagai sudut pandangan. Malah, ketika penggambaran dilakukan, pasukan produksi merakamkan mengenai kehidupan seorang nelayan yang melakukan persiapan turun ke laut juga cabaran dan pahit maung untuk mencari rezeki untuk keluarga tersayang.

Tanpa mengenal erti takut dan malu, Fizz Fairuz selaku pengacara Keliling Kampung akan merasai sendiri pengalaman sebenar dengan turun sama ke laut demi membawa perhatian penonton kepada isu yang dipaparkan.

Antara lokasi homestay yang dipilih untuk penggambaran adalah di Gopeng, Kampung Air Manis, Kampung Keda, Kampung Taman Sedia, Kampung Lonek, Tanjung Piai, Pantai Suri, Kampung Bru Salong, Kampung Minyak, Kampung Belimbing, Tanjung Bungai, Pulau Suri dan Kampung Seri Tanjung. Pihak produksi telah memilih untuk memulakan program ini di negeri Perak, melinatasi negeri Sabah dan Sarawak serta berakhir ke bandar bersejarah Melaka.

Bukan sahaja menekankan keunikan pelbagai homestay, kebolehan pengacara Fizz Fairuz akan terserlah tatkala berinteraksi sendiri dengan masyarakt setempat demi mendapatkan pandangan atau cerita menarik mengenai lokasi homestay yang dipilih.

Rancangan ini bukan menarik malah akan memaparkan tempat-tempat bersejarah yang mempunyai signifikasi kepada masyarakt di situ. Jangan lupa untuk menghiasi waktu petang anda dengan slot Santai, rancangan yang bakal menaikkan keunikan homestay negara Malaysia dalam Keliling Kampung di TV1.

Homestay

Homestay

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Realiti Fantasia For Real di 8TV

Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2