in , ,

Pendedahan Sengsara Derita Pelaku Rasuah Terbitan RTM di TV1

Adakah anda cakna bilakah tarikh sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) setiap tahun? Sejak bilakah pula ia disambut sebagai hari bagi menyedarkan masyarakat dunia tentang rasuah dan kesan buruknya? Hakikat yang pahit untuk diakui, masalah rasuah yang terus berlaku dan dilaporkan amat membimbangkan.

Terus menyebar peranan dalam menyuntik kesedaran masyarakat tentang perkara ini, RTM melalui Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM (UMD TV RTM) menerbitkan sebuah dokumentari khas bertajuk “Sengsara Rasuah” yang menemui penonton pada 9 Disember ini, pukul 11.00 malam menerusi saluran TV1 dan boleh juga diikuti secara penstriman langsung RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Arahan Azry Ahmad Mustafa Hadi (UMD TV RTM), dokumentari khas anti rasuah ini dihasilkan bersempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) yang disambut pada setiap tahun sejak 2003 apabila Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 9 Disember setiap tahun sebagai hari bagi menyedarkan masyarakat dunia tentang kesan buruk rasuah.

POSTER MEDIA SOSIAL 3

Pengisian 30 minit program ini membawakan secara eksklusif kisah benar mengenai kesengsaraan bekas jurulatih pasukan bola sepak, Yusarman Yusof yang dihukum penjara atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan kerana memberi rasuah kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April tahun 2011 sehingga dibantu agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan untuk mencari rezeki selepas bergelar bekas banduan.

Lebih menarik temu ramah bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, di samping itu juga ada menemuramah Presiden Persatuan Pemain Professional Malaysia (PFAM), Safee Sali dan juga Pengurus Pasukan Bola Sepak, Dato’ Dollah Salleh bagi mengambil pandangan mereka mengenai isu rasuah bola sepak di negara ini. Sama-sama ikuti kisahnya di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Finalis Program Famili Duo 2023 Kini Rancak Buat Persiapan Akhir

NAS-T KELUANG MAN

Nas-T Dipilih Jadi Watak Superhero Ikonik Malaysia, Filem Keluang Man!