in

Nitro Circus Aksi Lasak di 8TV

LEBIH LASAK HANYA DI 8TV!
Aksi yang lebih ekstrem untuk tontonan anda…

TARIKH SIARAN : 1ST JULY 2010
HARI SIARAN : THURSDAY
WAKTU SIARAN : 10.00 PM
TEMPOH : 30 MINIT
EPISOD : 9
BAHASA : INGGERIS

Dari produser yang ekstrem, Jeff Tremaine dan Johnny Knoxville sekali lagi membawa anda aksi-aksi ekstrem yang dinasihatkan untuk tidak ditiru oleh penonton di rumah dalam NITRO CIRCUS hanya di 8TV!

image001

Menampilkan Travis Pastrana dan krew mengembara seluruh dunia dengan menaiki motorcross, melakukan base jump, dan melakukan aksi-aksi ngeri dalam musim kedua NITRO CIRCUS serta dibarisi bintang jemputan seperti pemain papan luncur profesional Bam Margera, Jukka Hilden pelagak ngeri dari Finland, The Dudesons dan ramai lagi.

Ikuti Travis dan krew melakukan sukan ekstrem dan activiti-aktiviti yang lasak ke peringkat seterusnya. Saksikan mereka secara bergilir-gilir melakukan aksi Slip-n-Slide melalui celah-celah pokok di hutan yang sangat landai dan cubaan melompat tayar gergasi dengan jarak 70 kaki!

Sebagai pelumpa motorcross yang berpengalaman, Travis Pastrana yang terkenal dengan ungkapan “saya mempunyai keinginan untuk melakukan apa-apa sahaja. Walaupun sukar, saya sanggup lakukannya”. Bersama rakan-rakan yang kurang berpengalaman, Travis melakukan aksi-aksi lasak dengan menaiki pelbagai kenderaan dalam pelbagai situasi, melakukan terjunan, aksi slip’n’slide serta melakukan aksi-aksi lasak di belakang rumahnya.

“Rancangan ini sangat lasak! Dengan barisan selebriti dan kumpulan stunt profesional dalam musim kedua ini, penonton akan terhibur dengan aksi lasak mereka tanpa berhenti! Travis serta krew NITRO CIRCUS yang lain telah menjayakan rancangan ini dengan sangat bagus sekali ”, ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. Tambah Kim “penonton pasti akan berpuas hati dengan risiko-risiko yang diambil oleh barisan selebriti ini dalam musim kedua NITRO CIRCUS ”.

Anda pasti terhibur kerana NITRO CIRCUS akan membawa anda ke tasik Hayasu, Arizona dengan menyaksikan gelagat krew-krew ini.

Adakah mereka akan berjaya… atau gagal? Bersiap sedia dan rasai pengalaman hero-hero yang penuh skil ini dalam base jumping, sky diving, riding, driving dan diving!

Anda pasti tidak mahu terlepas untuk menonton rancangan ini! Saksikan NITRO CIRCUS secara eksklusif di 8TV bermula 1 Julai 2010, setiap Khamis jam 10.00 malam.

8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my.

NitroCircus_travis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Azura Jawab Gossip Bercerai

Zizan Nin, Leez AF dalam Drama Sara Akashah