in

Raja Azura Jawab Gossip Bercerai

Kak Engku Jawab Gossip Dah Bercerai : Hanya Dapat Khidmat Kaunseling Untuk Pulihkan Rumahtangga

Pada jam 11 pagi Jumaat – 6 Ogos lalu, sejurus selesai bersiaran di Sinar FM, penyampai radio dan pengacara popular Raja Azura telah mengadakan sidang akhbar tergempar untuk mengesahkan bahawa dia dan suami masih tinggal sebumbung dan sekaligus menjawab persoalan tentang khabar angin yang mengatakan beliau sudah bercerai dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37 tahun.

Raja Azura

Beliau juga menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam Selasa lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling secara tertutup dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan. Sesi kaunseling ini adalah untuk menyelesaikan perselisihan faham antara mereka. Ternyata, Kak Engku masih sayang dengan suaminya dan ingin menyelamatkan rumahtangganya.

Sekaligus beliau menolak dakwaan dan spekulasi mengatakan dia memfailkan penceraian untuk berpisah dengan suaminya.

Kak Engku turut memberi penjelasan kedua-dua mahu mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan hubungan mereka.

“Saya mengaku pergi ke Mahkamah Syariah tetapi hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai rumah tangga kami. Selepas sesi kaunseling kali pertama itu, kami akan mendapatkan nasihat untuk kali keduanya. Selepas itu kita tengoklah hasil yang akan diperoleh berdasarkan kaunseling tersebut.”

“Saya dan suami datang berjumpa pihak yang pakar mengenai undang-undang Islam untuk berbincang mengenai hak suami isteri dalam sesebuah perkahwinan. Saya amat menghormati dia sebagai suami dan dia juga sebaliknya. Oleh itu, saya tidak nampak akan berlaku perpisahan kerana kami saling mengenali antara satu sama lain, pasti akan ada jalan penyelesaian.”

Kata Raja Azura, selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak menafikan ada sedikit salah faham yang berlaku tetapi perkara itu merupakan lumrah kepada sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri.

Raja Azura

Tambahnya, jalan terbaik untuk menangani masalah rumah tangga adalah dengan menemui mereka yang arif dalam bidang agama bagi mendapatkan nasihat.

Tambah Raja Azura lagi, sejak beberapa hari lalu dia tidak memberi sebarang ulasan bukan untuk melarikan diri sebaliknya mahu berbincang apakah jawapan terbaik untuk diberikan kepada pihak media supaya kenyataannya nanti tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Kak Engku berkata, dia terpaksa mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan kenyataan kepada media kerana tidak mahu tersalah cakap sehingga boleh memudaratkan hubungannya dengan suami.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan mereka menjalankan peranan sebagai suami isteri seperti biasa.

“Saya minta maaf dengan rakan media yang cuba menghubungi saya untuk mendapatkan komen sejak beberapa hari lalu dan pada masa itu saya belum bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan. Sebelum saya adakan sidang media ini pun suami baru sahaja hubungi saya. Dia kata “good luck”. Semalam pun (Khamis) saya memasak untuknya macam biasa.”

Pengacara itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4.

Semoga Kak Engku berjaya mengembalikan kebahagian dalam rumah tangga dan hubungan kalian kembali jernih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Tarmizi Juara Akademi al-Quran Musim 4

Nitro Circus Aksi Lasak di 8TV