in

MILEY CYRUS DALAM HANNAH MONTANA SEASON 2

HANNAH MONTANA
(MUSIM KE-2)
TX Date: 27 Disember (Sabtu)
Time: 11.00pagi

Pernahkah anda mendengar kehebatan program sukaramai remaja terkini – Hanna Montana? Jangan risau kerana hari minggu anda akan dimeriahkan lagi dengan sambungan untuk musim kedua Hannah Montana di stesen hip 8TV! Hannah Montana musim ke-2 ini akan disiarkan bermula pada 27 Disember 2008 pada jam 11.00 pagi selama 2 hari, Sabtu dan Ahad hanya di 8TV!

Miley Stewart yang dilakonkan oleh Miley Cyrus mungkin kelihatan seperti remaja biasa namun remaja berusia 14 tahun ini mempunyai rahsia yang cukup besar yang hanya dikongsi dengan mereka yang rapat dengannya. Dia yang mempunyai personaliti lain sebagai penyanyi pop terkenal di Amerika bernama Hanna Montana masih mencuba untuk menjalani kehidupan normal sebagai remaja biasa. Beliau menyukai seorang remaja lelaki yang belajar di kelas yang sama, berusaha untuk mendapatkan keputusan yang bagus dalam pelajaran dan mempunyai dua teman baik Lily dan Oliver yang juga mengetahui rahsia besar Miley.

“Jangan lepaskan peluang untuk menonton Miley Cyrus yang merupakan ikon remaja terkenal. Personaliti Miley yang cukup kelakar, peramah dan bertenaga pasti mencuit hati anda! Walaupun ia merupakn siri remaja namun tidak dinafikan saya juga seronok menonton rancangan ini!.” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Dalam siri ini, watak sebagai bapa bernama Robbie yang dilakonkan oleh penyanyi ‘country’ terkemuka Billy Ray merupakan bapa kandung Miley yang juga bertindak sebagai pengurusnya. Robbie sentiasa bersama-sama dengan Miley menghadapi segala cabaran dan masalah yang dihadapi oleh remaja zaman ini.

Turut tinggal bersama dengan Miley ialah abangnya Jackson. Hubungan yang cukup rapat di antara Billy Ray dan Miley membuatkan lakonan mereka nampak bersahaja dan hidup. Walaupun Miley merupakan ikon remaja yang cukup popular Miley memilih untuk menjalani kehidupan biasa seperti remaja-remaja lain di sekolah yang ada kalanya dibuli dan diejek oleh rakan-rakan yang lain.

Jangan lepaskan peluang menonton Billy Ray Cyrus bergandingan dengan anaknya Miley Cyrus dalam rancangan komedi yang cukup menarik ini! Hanna Montana akan disiarkan bermula 27 Disember 2008 jam 11.00 pagi pada setiap hari Sabtu dan Ahad hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditontoni menerusi saluran 708 di Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Program Realiti Ultimate Power Group

13 BUAH BAND TERHEBAT DALAM HOMEGROWN MUSIM KE-3