in ,

Lagu Tema AGE OF GLORY 2 Menang Anugerah Asia Rainbow

LAGU TEMA AGE OF GLORY 2 MEMENANGI ANUGERAH ASIA RAINBOW TV

ntv7, Saluran Ceria Anda, berjaya melakar sejarah di Anugerah Asia Rainbow TV yang berlangsung di Hong Kong malam tadi. Lagu tema untuk drama popular yang disiarkan di ntv7, Age of Glory II bertajuk “Linger”, telah merangkul anugerah Lagu Tema Terbaik di anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Hong Kong Television Professionals Association (HKTVA) dan The TV Production Committees of China TV and Broadcasting Association.

Dinobatkan sebagai pemenang di peringkat Asia sememangnya telah menaikkan martabat industri tempatan kita, “ kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan untuk ntv7 dan 8TV. “Segala usaha yang menyumbang ke arah perkembangan industri hiburan tempatan telah membuahkan hasil bagi stesen, penonton dan para pelakon.

Dinyanyikan oleh penyanyi dan komposer, Yise Loh, bersama salah seorang pelakon utama drama itu, Leslie Chai, lagu tersebut telah berjaya mengalahkan finalis dari China, seperti Three Kingdoms dan Marriage Battle.

AOG poster_31x21inches

Yise Loh yang persembahkan lagu itu secara langsung di majlis anugerah tersebut menyatakan bahawa dia terkejut, namun gembira, apabila lagunya diumumkan sebagai pemenang. “Saya tak sangka gubahan ini mampu menang! Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ntv7 dan Double Vision atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menonjolkan bakat menerusi Age of Glory II,” kata Loh.

Anugerah ini amat bermakna baginya kerana beliau merupakan satu-satunya peserta Malaysia yang bertanding dalam penganugerahan itu. Rakan duetnya, Leslie Chai yang tidak dapat hadir ke majlis itu, juga berasa amat gembira apabila dapat tahu lagu yang dinyanyikannya telah menang. Dia berasa amat berbesar hati atas pencalonon antarbangsa ini kerana finalis lain yang bertanding semuanya hebat-hebat belaka. Beliau menganggap kemenangan ini adalah kerana bakat penggubahan lagu Loh dan berharap untuk mendapat peluang untuk menyanyi bersamanya lagi.

Digelar sebagai Anugerah Emmy untuk Asia, Anugerah Asia Rainbow TV tahunan yang pertama ini melibatkan rancangan televisyen dari 13 negara yang bertanding untuk 24 kategori. Dianjurkan bersama oleh Hong Kong Television Professionals Association (HKTVA) dan TV Production Committees of China TV and Broadcasting Association, penganugerahan ini terbuka kepada negara-negara Asia. Tujuan utamanya adalah untuk mengeratkan negara-negara terbabit, di samping menggalakkan perkembangan industri penerbitan televisyen Asia.

Age of Glory II merupakan drama tempatan milik ntv7 yang diterbitkan bersama oleh syarikat penerbitan tempatan Double Vision. Drama yang melibatkan kos RM3 juta ini berlatarbelakangkan keadaan semasa 1930 hingga 1970 dan dihidupkan oleh pelakon tempatan Goh Wee Ping, Frederick Lee dan Leslia Chai.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my.

L1060858

L1060869

L1060878

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gaya Moden Klasik Lords Tailor Anugerah Bintang Popular 2010

Dokumentari Perkahwinan Diraja Putera William & Kate Middleton