Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









KONSERT ALAM MUZIK M.NASIR DI ISTANA BUDAYA



KONSERT ALAM MUZIK M.NASIR
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur
Tarikh: 27, 28 hb. Feb. &1 hb. Mac 2009
Masa: 8.30 malam

Konsert Alam Muzik M.Nasir dibawa khas untuk semua peminat setia M. Nasir yang akan  berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya selama 3 hari berturut- turut mulai 27hb. Feb, 28hb Feb dan malam terakhir 1 hb. Mac 2009.

Konsert ini merupakan manifestasi muzik M.Nasir sepanjang perjalanan beliau berkecimpung dalam persada seni tanahair sejak 30 tahun yang  lalu. M.Nasir juga merupakan insan yang menyumbang hasil seni kepada artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, dan terbaru Mawi. Terbaru, M. Nasir bergabung tenaga bersama-sama Malique Too Phat menerusi lagu Mantera Beradu  dan ianya merupakan sebuah lagi yang lagu hit yang menjadi siulan anak-anak muda dan ini membuktikan M. Nasir menjangkau bukan sahaja generasi seangkataannya tapi juga generasi muda zaman sekarang. 

Konsert Alam Muzik M.Nasir akan berlangsung selama 2 jam untuk 3 malam berturut-turut dimana selama 2 jam persembahannya nanti, beliau akan menyampaikan kesemua lagu ciptaannya. M. Nasir dijangka akan mencorakkan persembahan yang berlainan pada 2 malam berikutnya.

Penampilan M.Nasir pada konsert ini kelak akan akan dilakukan secara solo bersama 10 pemuzik profesional pilihan, konsert ini pastinya menawan hati dan sanubari dan sekaligus mengubat kerinduan peminat beliau.

Ini merupakan konsert terbaru berskala besar M.Nasir apabila kali terakhir menjayakan konsert Andalusia M.Nasir di Stadium Merdeka pada tahun 2000 di mana penerbitnya merupakan Boxoffice Malaysia.

Walaubagaimanapun,  Konsert Alam Muzik M. Nasir kali ini dirancang dan diterbitkan oleh En. Ali Bakar di Istana Budaya dengan harapan menaikkan martabat konsert tempatan kepada lebih eksklusif dan canggih dan untuk menepati hasrat ini, Boxoffice Malaysia memilih Panggung Sari, Istana Budaya yang sememangnya  dikenali antara dewan persembahan tercanggih  dunia.

Konsert kali ini juga adalah sesuatu yang istimewa kerana ianya melibatkan penglibatan NSTP Charity Fund, di mana setiap RM1 dari hasil jualan tiket akan diagihkan kepada tabung ini. Barangan eksklusif edisi terhad seperti ‘mug’ dan ‘mouse pad’ yang tertera tandatangan M.Nasir juga akan turut dijual. Hasil dari  jualan ini juga akan disalurkan terus ke NSTP Charity Fund.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada penaja-penaja yang sudi berganding bahu bersama Boxoffice Malaysia bagi menjayakan Konsert Alam Muzik M.Nasir. Terutama sekali Kumpulan The  New Straits Time Press yang bertindak selaku Akhbar Rasmi Konsert Alam Muzik. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Istana Budaya yang begitu banyak membantu, terutama sekali kepada Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu En Jauhari Shaarani atas segala kerjasama dan dorongan yang diberikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada Stars2u, Beyond Events, syarikat yang menguruskan M.Nasir dan Luncai Emas, syarikat rakaman M.Nasir. Terima kasih juga kami hulurkan kepada semua wakil-wakil media massa dan eletronik yang sentiasa memberikan sokongan kepada setiap konsert terbitan Boxoffice Malaysia.

Tiket-tiket berharga RM250, RM200, RM150, RM85 dan RM45 telah mula dijual dan tempahan boleh dibuat melalui talian 03-4149-8600 atau layari laman web www. ticket2u.biz. Adalah dicadangkan peminat membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan sudut pandangan yang lebih selesa.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • PELUANG JADI PEMUZIK ORKESTRA DI ISTANA BUDAYA
  • Konsert D’Lloyd Semalam di Malaysia
  • Wings Cipta Sejarah Siar Konsert Live Streaming



    • http://stoberry.blogspot.com stoberi

      Hye Budiey. Thank god i heard about this first dlm page u nih. My family are so crazy dgn M nasir nih. sakan da p carik vip ticket. btw, he’s awesome. mostly sme lagu best! salute!

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      so expensive

      i cant even afford the cheapest one!

    • http://www.uttsb.uum.edu.my Jom Cuti-Cuti Malaysia

      M. Nasir memang hebat.. memang x ragu2 lagi..

    • amar182

      dgr citernye ticket ni hott selling..
      hmm…bleh la gi

    • aseh

      m.nasir..aku minat giler ah..tapi tiket tak leh p kata org penang..mahai seh..ye la kalu dah minat RM tade hal..anyway sumur idop aku dah pnah tgk M.nasir life..lengkap dah rase idop..he2..moga2 this great guy will success throughout his life..trasa tul lagu2 yang dia nyanyi..eh..emo plak..hu2..

    • nieda

      nak tau kaler tema mlm konsert alam tu kaler apa????

    • Rosly

      M.Nasir..memang aku kekadang ngigau gak ngan lagu diani.Anyway aku memang minat ngan M.Nasir.Alhamdulilllah dak kat 3/4 kali aku dah jumpa
      dia,raye dua tahun lps aku bawak anak2 aku gi rumah dia……..Dia memang somebody yang engkau orang smua kena kenal.Konsert…Insya-Allah ade rezeki aku gi lah last day ke…mahal la bang.Blum booking….

    • py

      m.nasir..mmg gua peminat gler la..dr tadika lg gua dengar lagu dia..ayh gua psang..hehe..skang gua dh 26 thun..hehe..xda lg aris dpt challenge dia stakat ni..

    • Putat

      Saya pegi konsert malam tadi. Puas sangatlah. Dia ni memang kreatif. Energy dia power betul.

      Sememangnya keunggulan M.Nasir sebagai Master of All – komposer. penulis lyric, lagu, pemuzik dan penyanyi memang tidak dapat ditandingi.
      Dari hasil kerja beliau dapat kita menyelami mindanya dan perasaanya. Lagu-lagunya banyak memberi semangat dan mempunyai mesej yang mendalam.

      Tapi saya tertanya-tanya juga pasal apa tak ada penaja? Apakah industri muzik juga dibelenggu oleh penyakit yang sama seperti industri teknologi dan akademik. Kita hanya suka kepada kesederhanaan, dan menyokong kesederhanaan. Sekiranya ada yang terbaik, perlulah individu itu disish, di patahkan semangatnya hingga sungkur dan lenyap dari indutri tersebut. Sesungguhnya yang rugi bukanlah individu tersebut kerana semangat mereka sangatlah tinggi kerana itulah mereka berjaya.

      Harap M.Nasir akan lebih berjaya dan senantiasa mendapat berakah dari Allah swt.

    • beger ampang

      saya pegi 28mac09. mnasir memang sifu, no doubt !!
      tapi mlm tu “tak sampai” bagi saya.. bnyk lagu lain ditunggu
      tadak, hampa.. TIKET RM 200 BEB !!!!

    • Puteri Nani

      Memang bestla M Nasir. Patut bagi gelaran datuk kat dia…

    • june

      dgr citer hot eh konsert ni..

    • kaki-bangku

      Aku pergi malam tadi..malam akhir…duduk belakang baris datuk siti dgn suaminya, dan satu baris dgn datuk a rahman hassan…hattan dengan ramli sarip pon aku ada nampak….

      Tapi, tak kisahlah aku duduk dekat dengan siapa pun, yang pasti, SIFU MEMANG ADA KUASA!!

    • beger ampang

      saya pegi 28-FEB-09. mnasir memang sifu, no doubt !!
      tapi mlm tu “tak sampai” bagi saya.. bnyk lagu lain ditunggu
      tadak, hampa.. TIKET RM 200 BEB !!!!

    • ntahla….

      mmg mkn gempaklah m.nasir ni..mkin dah senja mkin menjadi…u so hottt baby…

    • hanz

      tiada tandingan… walaupun aku spend banyak on tickets and journey,, aku tak heran.. sebab berbaloi sgt dapt tengk SIFU perform mlm last 2…bagi aku he always the best untuk aku n die hard fan dia…suara, lagu and performance dia memang class..!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK