in

Sekitar Majlis Pelancaran Album Rock Cintan 3 di Pasar Seni

Semalam, bertempat di Pasar Seni Kuala Lumpur, satu majlis pelancaran Album Rock Cintan 3 telah diadakan pada jam 2 petang anjuran Warner Music Malaysia dengan kerjasama Radio Sinar FM. Selain penyampai radio Sinar iaitu Salleh Yaakub, Khairil, Jamal Jamaludin dan Rostam antara grup rockers yang datang ialah Exists dan Jinbara hadir memeriahkan suasana.

3218234041 Abe1E55E8C O | 3

3219086596 45870Aebc2 O | 4

Rasanya ramai peminat lagu-lagu 90an tahu serba sedikit tentang album kompilasi Rock Cintan ini. Untuk rekod dua siri terdahulu Rock Cintan telah terjual sebanyak 160 ribu (80 ribu unit setiap edisi). Jadi, Budiey boleh katakan bahawa Rock Cintan merupakan satu jenama hebat dan unggul dari Warner Music Malaysia. Untuk itu, bagi meneruskan kesinambungan kompilasi hebat ini, Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan Rock Cintan 3 mengandungi sebanyak 28 buah lagu menerusi 2 CD.

Menampilkan 28 buah nama popular, otai dan gah dalam industri muzik, dengan himpunan lagu-lagu seleksi balada rock yang popular sepanjang zaman, Rock Cintan 3 pasti menggamit perhatian peminat. Antara nama besar yang terkandung dalam album kali ini ialah Ella, Ramli Sarip, Wings, Search, M. Nasir, Lefthanded, Rahim Maarof, Hattan, XPDC, Amuk, Spring, Jinbara dan ramai lagi.

Kali ini, majlis pelancaran menampilkan satu kelainan sikit, di mana Warner Music Malaysia berkolaborasi dengan jenama Mee Cintan dan Central Market dengan menganjurkan sesi memasak Mee Segera Cintan oleh artis jemputan dan media.

3218230235 4267Ba0B68 O | 5

Sebelum pelancaran bermula, ada sesi memasak bersama artis dan media.

3219084176 327E84A8Ce O | 6

Kemudian ada show 2 buah lagu dari Exists yang menampilkan Joey sebagai vokalis utama menggantikan Ezad dan 2 buah lagu dari Jinbara. Seronok gak dengar lagu Cinta di Pantai Merdeka. Nostalgik betul.

3219084686 1Daa891227 | 7

Jowy nyanyi lagu tak macam Ezad dan kadangkala suaranya tidak berapa jelas dan tenggelam.

3219085660 17C1D9Ccfa | 8

Che Pot ni jadi vokalis untuk Jinbara. Sorang ahli Jinbara tak dapat datang. Show yang mantop!

Untuk rekod, Sinar FM adalah stesen radio yang kerap memainkan lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini, maka relevan Budiey rasa radio ini dipilih untuk bekerjasama melancarkan album kompilasi ini.

3219081534 C6Fa40B445 | 9

Khairil, lama betul tak jumpa ek?

3219082752 7B258Ccb2C | 10

Jamal Jamaludin dah kurus sikit

3218231467 574D43Faa6 | 11

Salleh Yaakub

3219083914 Db29Ee4691 | 12

Rostam jadi pengacara majlis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar E’One, Azura dan DeQ’Wan Pengacara Baru Remaja TV3

KONSERT ALAM MUZIK M.NASIR DI ISTANA BUDAYA