in , ,

Anuar Zain di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya

Sekolah Seri Puteri dengan sokongan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menganjurkan konsert amal ‘FLOURISHES’23: SYMPHONIC GALA CONCERT’ bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya bertarikh 20 Mei 2023 bermula jam 8.30 malam.

Turut sama menjayakan konsert ini, penyanyi terkenal negara Anuar Zain yang juga merupakan Artis Undangan. Sekolah Seri Puteri (SSP) melalui Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) berhasrat mengadakan Konsert Gala ini bagi pengumpulan dana untuk meneruskan legasi kecemerlangan SPWinds ke pertandingan International Orchestra Festival and Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 – 17 September 2023 nanti.

Anuar Zain Bakal Perform di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya

Untuk merealisasikan hasrat anak-anak tempatan ini, dana yang perlu dikumpulkan adalah berjumlah RM900,000. 00. SPWinds ialah sebuah pasukan wind orkestra yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya.

Diktiraf sebagai “School of Global Excellence” (SGE) oleh KPM, Sekolah Seri Puteri merupakan antara sekolah tersohor di Malaysia di dalam pelbagai aspek, disertai dengan rekod kecemerlangan tertinggi akademik dan pencapaian kokurikulum yang luar biasa di peringkat global.  

Anuar Zain Bakal Perform di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya

SPWinds yang merupakan watak kebitaraan SSP telah memanifestasi pengiktirafan SGE, dengan memenangi pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa serta mengharumkan nama negara di pentas ternama dunia musik klasik seperti Carnegie Hall di New York, dan Golden Hall Musikverein di Vienna, Austria.

Anuar Zain Bakal Perform di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya

Semua hasil kutipan konsert ini akan disalurkan kepada SPWinds, yang merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan. 

Anuar Zain Bakal Perform di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya

Melalui konsert ini, SPWinds juga mengharapkan kerjasama pihak swasta dan mengalu-alukan sumbangan individu dan tajaan pihak korporat dalam menjayakan misi “ROAD TO BARCELONA 2023”. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Hawariah (019 259 1724) atau Pn Shahriyah (019-435 2090) serta melalui emel [email protected].

Anuar Zain Bakal Perform di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya

Tiket konsert boleh didapati melalui laman web TICKETEMPIRE di https://www.myticketempire.com/flourishes23 dengan harga bermula RM168 hingga RM468.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan konsert amal ini dan menghiburkan dir dengan persembahan sensasi Anuar Zain dan Orkestra Wind Simfoni SERI PUTERI!

SEDEKAD KECEMERLANGAN ANTARABANGSA SPWINDS:

2022 

• World Open Orchestra Competition (Virtual) – First Prize Laureate with Virtuoso Success

2019 

• Australian International Music Festival – Champion and Gold Awards

2018 

• Malaysia International Wind Orchestra Festival – Gold Award and Best Conductor

2017 

• World Music Contest di Kerkrade, Netherland – Silver Medal

• Persembahan khas di Royal Concertgebouw, Amsterdam 

2016 

• Los Angeles International Music Festival – Champion and Gold Awards

• Persembahan khas di Walt Disney Concert Hall, Los Angeles 2015 New York International Wind Band Festival – Silver Medal

• Persembahan khas di Isaac Stern Auditorium Carnegie Hall, New York 

2014 

• Summa Cum Laude International Youth Music Festival Vienna 2014 & Excellence Award atau Anugerah Emas (tempat kedua)

• Anugerah Khas Juri, Encouragement Award dari Jeunesse Austria

• Persembahan di Gala Winner’s Concert di Great Hall Wiener Konzerthaus.

• Konsert di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, UN Centre di Vienna 2013 

• Australian International Music Festival – Champion and Gold Awards sebagai orkestra pertama dari Malaysia 

• Persembahan khas di Sydney Opera House – dicatat didalam Malaysia Book of Records membuat persembahan di venue ternama tersebut.

2012 

• Singapore International Band Festival – Gold Award 

SPWinds berterima kasih kepada Penaja Utama Sidang Media hari ini, Emajie International Sdn Bhd yang telah menyumbangkan produk minyak untuk para penggiat media yang hadir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najeehah Terus Optimis Lahirkan Jutawan, Rai Pengedar di Janda Baik

FATIN AFEEFA

Fatin Afeefa Terima Teguran, Netizen Suruh Tutup Aurat Kalau Sayang Suami