KEJUTAN LAN PET PET MEREPEK
KEJUTAN LAN PET PET MEREPEK
Bagi Budiey, benda yang merujuk kepada nikah kahwin ni tak perlulah nak sembunyi dan sorok. Itu perkara mulia, buat apa nak sorok. Nanti jadi macam nangka buruk. Sah-sah berbau jugak akhirnya. Budiey capeklah dengan berita-berita yang nak kasi suspen macam kisah pelawak terkenal dari grup Senario ni, siapa lagi kalau bukan Lan Pet Pet.
Tiada angin tiada ribut, Budiey dengarlah berita Lan Pet Pet akan kahwin dengan adik pelakon popular Rozita Che Wan yang bernama Rubytah Che Wan atau Ruby. Majlis dilangsung pada 20 Ogos lalu di Alor Setar. Meriah lah, sebab itu kan satu kejutan. Memang tak sangka Lan Pet Pet dapat tackle minah cantik macam Ruby!
Lagi pelik, Lan sikit pun tak kasi tahu kawan-kawan media, apatah lagi rakan grup Senario sendiri yang katanya itu satu kejutan dari Lan. Memang sikap sorok menyorok ni dah lama diamalkan. Baguslah tu! Maka, timbul satu isu besar bila ada kawannya seperti Wahid dan Azlee tersinggung berkecil hati dengan sikap Lan.
Lan ni memang macam tu. Dia tak nak kecoh-kecoh pasal jodoh nih. Apa-apa hal, biarlah Lan dan pasangannya menjadi suami isteri dulu, barulah boleh nak kasi tau media. Pada mulanya Lan memang sedih sebab berita dia nak kawin dah tersebar luas. Bukan apa, Lan tak nak perancangan yang disusun itu tak menjadi di hujung hari. Hanya minta maaf disahut oleh Lan untuk kawan-kawan yang terasa hati.
Susah bila tindak tanduk Lan yang lari dari wartawan pun dah disalah ertikan. Katanya, Lan Pet Pet dah sombong, tak pandai nak hormat kat media yang selama ini menyokong kariernya. Apa-apa, Budiey harap Lan tak buat kejutan ‘stupid’ macam ni lagi. Benda baik tak yah la nak sorok. Selamat pengantin baru untuk Lan Pet Pet. Moga bahagia hingga ke anak cucu. Dah jadi suami ni, kira dah matang la sikit la kan? Ops!
Tags: Lan Pet Pet
Tags: Lan Pet PetClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 25th, 2008 at 5:17 pm
Bharian >> Nasional
Lan Pet Pet mangsa rompakan RM3,000
ALOR STAR: Pelakon dan pelawak terkenal, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, kerugian kira-kira RM3,000 apabila cermin kereta Proton Perdana miliknya dipecah ketika diletakkan di hadapan rumah mentuanya di Taman Mawar, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 7 pagi, ketika Lan dan
ahli keluarganya sedang tidur. Kejadian hanya disedari selepas dimaklumkan oleh jiran kira-kira jam 10 pagi.
Mazlan, 39, berkata dua beg mengandungi pelbagai barang miliknya dilarikan.
+++++
December 25th, 2008 at 5:18 pm
“Barang seperti tasbih, duit RM20 pemberian ibu dan bapa ketika saya belum bergelar artis yang saya simpan hingga kini, surah Yasin serta wang tunai 1,500 riyal (RM1,386) ada dalam beg itu,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata dia baru selesai menjalani penggambaran filem di sekitar Perlis dan Kedah dan tiba di rumah mentuanya kira-kira jam 5 pagi semalam.
“Telefon bimbit milik saya turut hilang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.
“Kami masih menyiasat mengenai dakwaan itu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
December 25th, 2008 at 6:15 pm
Dah tahu yg sekarang ni byk penyamun penyangak yg dia pergi taruk barang2 berharga dlm kereta siapa suruh ?
Bukan kah itu mengundang musibah ?
Walaupun umah tu ada security guard jaga depan pintu ke.. ada CCTV ke.. ada bai jaga dgn bulldog ke… jgn ssekali taruk barang berharga dlm kereta. SEKARANG BANYAK PENYANGAK !
Ada baiknyer taruk barang2 berharga tu dlm luggage.. bila sampai umah angkut luggage masuk umah bila nak kluar umah.. angkut sekali luggage tu !
eh tak silap aku Lan drive kreta BMW kan ?
Awat pulak dah tukar ke Proton..
Ps: Wakenabeb suah jadi btol2 kejadian.
December 25th, 2008 at 7:11 pm
ler kesiannya..berhati hati lah di masa akan dtg..
May 30th, 2009 at 9:33 pm
Eh..mak mertua dia dok Tmn Mawar ker Tmn PKNK??