in

CINTA RIMA MELATI, FAHRIN AHMAD, MARCELL, LINDA ONN

Seantero dunia dah tau percintaan ‘teman tapi mesra’ Fahrin Ahmad dan personaliti radio terkenal, Linda Onn dah ‘terencat’ empat bulan lalu. Setakat ini, Linda Onn masih ke hulur ke hilir mencari pengganti. Tapi Fahrin pula ligat digossipkan dengan Rima Melati Adams. Naik gelak juga, macamana gossip ni boleh menular sedangkan Rima sebenarnya dah ada buah hati yang ganteng berkepala botak dari Seberang. Rima sendiri pun mengaku yang dia sering berulang-alik ke Jakarta bertemu kekasihnya itu.

Teropong punya teropong, bf Rima rupanya seorang penyanyi terkenal bernama Marcell! Eh! Bukankah Marcell dah ada isteri? Apa yang Budiey dapat tahu, sebenarnya, Marcell kiini berpisah dan masih dalam proses perceraian. Ura-ura yang tercetus mengatakan semuanya kesan dari hadirnya orang ketiga iaitu Rima. Tapi Rima sendiri menafikan dia yang menjadi punca perpisahan itu.

Sudah 6 bulan mereka bercinta. Maka, ini mengesahkan lagi bahawa antara Fahrin dan Rima memang tiada apa-apa. Tapi apa yang Budiey dengar dari seorang teman, ada mata-mata liar melihat Fahrin dating dengan Jue Aziz di sebuah restoran mamak. Yang geramnya, asalkan tengok diorang ni makan-makan je, dah nak buat statement yang diorang ni sedang bercinta. Padahal kawan biasa saje. Dalam pada duk canang gossip Jue dengan Fahrin, tak semena-mena timbul gossip Jue Aziz jatuh cinta dengan Hans Isaac. Ekoran dari ada mata-mata yang melihat Hans Isaac sanggup datang ke lokasi pengambaran drama untuk bertemu Jue.

Budiey sekadar mampu mengukir senyum kambing dengan stigma orang kita. Asalkan dua artis bertemu di khalayak, makan bersama di sebuah restoran, boleh ‘cop’ mereka sedang asyik masyuk bercinta.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KEJUTAN LAN PET PET MEREPEK

SASHA ISTERI KE-3?