JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM
2009 menyaksikan Suria fm terus mengatur strategi untuk meningkatkan lagi jumlah pendengar selain lebih dekat dengan khalayak pendengarnya. Bermula dengan penukaran tagline baru, ‘Muzik Terbaik Tanpa Henti’, sesi ‘Road Tour Lelong Amal’ dan terbaru, kuiz ‘TEKA SUARA SIAPA DI SURIA’ yang bakal bermula 16 Februari hingga 15 Mac ini bermula 8 pagi – 8 malam.
Konsep kuiz ini cukup mudah yang mana setiap perkataan MUZIK TERBAIK TANPA HENTI akan disebut oleh 4 personaliti yang berbeza (terdiri daripada penyanyi (solo / berkumpulan), pelakon, pengarah, ahli sukan atau tokoh tokoh terkenal. Tanpa mengira siapakah yg menyebut perkataan perkataan MUZIK TERBAIK TANPA HENTI, jika nama personaliti itu tersenarai dalam jawapan yg diberikan maka pendengar akan memenangi wang tunai sebanyak RM 1,000 untuk setiap nama yang betul yang disebut buat pertama kalinya. Jika kesemua personaliti dapat dijawab dengan tepat, pendengar akan memenangi wang tunai terkumpul berjumlah sehingga RM 50 ribu.
Pendengar hanya perlu mendaftar menerusi SMS setiap jam dengan menaip SURIA<jarak>TSS diikuti nama penuh dan no MYKAD ke 33511 dan nantikan panggilan daripada penyampai SURIA FM. Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.suriafm.com.my
Barisan penyampai Suria fm:-
TUAH ZOQARNAIN & ZIZI
Program: BREAKFAST@SURIA (6 pagi – 10 pagi, Isnin – Jumaat)
MYRA
Program: SURIALICIOUS (10 Pagi – 1 tghri, Isnin – Jumaat)
NAIM
Program: SURIANOVA (1 tghri – 4 ptg, Isnin – Jumaat)
ZAFF
Program: SURIA DRIVE IN (4 ptg – 8 mlm, Isnin – Jumaat)
AKHTAR:
Program: SURIA 8’11 (8 mlm – 11 mlm , Isnin – Jumaat)
BOB RINGGO
Program: SURIA MEETNITE (11 mlm – 2 pagi)
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 19th, 2009 at 10:56 pm
suria bukan radio melayu ke
maka kenapa nama slotnya semua dalam bahasa pendatang?
sampai obefiend pun terkezut dan menulis dalam bahasa melayu proto
February 20th, 2009 at 10:10 pm
sape punye suara la agak2nye tu ek??
February 21st, 2009 at 9:11 pm
a’ah kan..ssh btol nak agak…da confident btol..tgk2 bkn rupanya..ahaha…
da try call banyak kali da… beruntung sapa yg dpt teka…