in

Tokoh Seni Lukis Negara Datuk Ibrahim Hussein Meninggal Dunia

Budiey BlogTokoh Seni lukis dan seni reka negara, Datuk Ibrahim Hussein (gambar) yang lebih dikenali sebagai Ib meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi kerana serangan jantung. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan. Allahyarham merupakan pelopor kepada pembukaan Yayasan Kesenian dan Muzium Ibrahim Hussein (IHMCF)di Langkawi, Kedah.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ibrahim Hussein yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. Hadi menyifatkan Allahyarham, yang berasal dari Sg. Limau, Yan, Kedah telah banyak menyumbang jasa dan khidmat kepada negara dalam bidang yang diceburi dan minatinya.

“Allahyarham telah menerima pengiktirafan bukan hanya diperingkat tempatan tetapi juga diperingkat antarabangsa,” kata Hadi dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Jelas beliau, PAS akur bahawa sumbangan dan jasa beliau telah banyak mengharumkan nama negara.

“Pemergian Allahyarham sudah tentulah merupakan satu kehilangan besar khasnya buat bidang seni lukis dan seni reka negara. PAS mendokan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman,”ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM

One In A Milion Season 3 Top 12 Finalists Roadshow