in

Joey BPR, Saleem, Noraniza Idris, Arm di Suria FM Rancak Tour

Suria FM Rancak Tour memeriahkan Kuantan Parade Ahad ini!

Untuk info pembaca Budiey.com, Suria FM Rancak Tour bakal menceriakan Kuantan Parade, ahad ini, 25 April 2010 bermula 3 petang. Pendengar yang berdekatan dengan Kuantan, boleh lah datang kerana ramai artis yang akan menghiburkan korang kat sana.

Jelajah Rancak Tour Suria FM kali ini mempertaruhkan gabungan artis baru dan lama. Antaranya Joey (BPR), Zamani (Slam), Saleem, Noraniza Idris, Azlan & The Typewriter, Kumpulan The Lima (dari indonesia) dan dua orang pendatang baru iaitu Rina dan Am. Ada antara mereka yang dah lama tak muncul. Pastinya peminat merindui persembahan mereka.

Selain itu, turut serta adalah penyampai-penyampai Suria FM sendiri iaitu Halim Othman, Zizi, Myra, Bob, Naim, Linda Onn, Zaff, Tuah Zoqarnain dan Lin.

Menurut Penolong Pengurus Perhubungan Awam & Program Suria FM, DJ Lin, Pelbagai aktiviti dan permainan menarik bakal diadakan dan yang pasti, pengunjung yang hadir tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana banyak hadiah menarik dari penaja dan juga barangan Eksklusif Suria FM sendiri bakal diberikan kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka kepada Suria FM.

Bersama-sama merancakkan Suria FM Rancak Tour! Jumpa di sana.

Untuk keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my

Saleem

The Lima

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashraf Muslim, Fizz, Zul Huzaimi Bintangi Drama Gerak PGM TV9

Zizie Izette & Bung Moktar Kahwin Tanpa Izin