in ,

Zizie Izette & Bung Moktar Kahwin Tanpa Izin

Sekali lagi Zizie Izette bikin panas dengan kontroversi apabila perkahwinan sensasi mereka tidak mendapat kebenaran daripada pihak mahkamah. Apa-apa pun, Bung Mokhtar mengaku bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah sewaktu kesnya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jam 11.16 pagi semalam.

Selain Bung, Zizie turut mengaku bersalah bernikah dengan Bung Mokhtar tanpa kebenaran pendaftar. Malah, pasangan ini juga mengakui bersalah atas dakwaan bersubahat dengan pasangan masing-masing untuk melakukan perbuatan berpoligami tersebut.

Tambah mengejutkan, dua orang abang serta adik Zizie bersama dua rakan Bung Mokhtar juga mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan yang sama. Mmm… adakah ini melibatkan adik Zizie itu merupakan pelakon yang meningkat naik, Shaheizy Sam?

Budiey memetik berita yang telah disiarkan:

Poligami Tanpa Izin: Zizie Izette Serah Pada Mahkamah

Bung Moktar dan Zizie Izette ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. – Foto Utusan

“KES ini (poligami tanpa izin) terlalu peribadi. Jadi, biarkan pihak mahkamah tentukan pada 18 Mei ini,” kata aktres Zizie Izette kepada mStar Online berhubung perkahwinannya dengan Datuk Bung Moktar Radin yang didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa izin.

Isteri kedua kepada ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun menegaskan perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah saudara mereka di Cemerlang Height, Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun lalu sah mengikut hukum syarak.

“Pernikahan kami sah mengikut hukum Allah dan syarak, ada wali dan saksi. Cuma kami bernikah tanpa izin dan menyalahi undang-undang syariah Malaysia.

“Bagaimanapun, kami tidak perlu mempertikaikan tentang pernikahan ini kerana ia terikat dengan kuasa undang-undang. Kita tunggu sahaja keputusannya pada 18 Mei ini dan lihat apa yang akan berlaku selepas itu,” ujar pelakon drama popular itu yang turut hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur bersama-sama suaminya pagi tadi untuk dibicarakan atas kesalahan tersebut.

Bung Moktar dan Zizie telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur hari ini untuk menghadapi dakwaan berpoligami tanpa kebenaran. Kedua-duanya mengaku bersalah. Hakim menetapkan 18 Mei depan untuk menjatuhkan hukuman.

Bagi Zizie, biarlah dia simpan sahaja cerita tentang mengapa perkara itu berlaku kerana tidak elok untuk menceritakan tentang kisah peribadi mereka ibarat membuka pekung di dada.

“Saya rasa tak seronok untuk bercerita tentang perkara ini. Saya tahu mesti ramai yang tertanya-tanya tentang sebab-musababnya,” tuturnya lagi.

Ditanya adakah kes itu mengganggu hubungannya dengan suami, Zizie menjawab: “Kami masih lagi suami isteri…” ujarnya ringkas dan tergesa-tergesa untuk meletakkan telefon kerana mahu bersiap untuk terbang ke New York, Amerika Syarikat pada malam ini atas urusan perniagaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joey BPR, Saleem, Noraniza Idris, Arm di Suria FM Rancak Tour

Lirik Lagu Terbaru Bob AF Sinar Menunggu