in

IZ OIAM Dilantik Jurucakap Rasmi Kempen ASAP

IZ OIAM dilantik menjadi Jurucakap Rasmi Kempen ASAP dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan Malaysia.

Bakal membintangi filem pendek Kempen Anti-Merokok ASAP & Melancarkan lagu tema.

PUTRAJAYA, 23 April: Kesedaran tentang tabiat merokok di Malaysia dewasa ini haruslah lebih meluas dan bukan hanya sekadar meliputi papan tanda besar di jalanraya dan di kotak-kotak rokok sahaja.

Oleh kerana itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Wee Jeck Seng telah melancar dan merasmikan kempen anti merokok yang dipanggil ASAP di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya semalam. Kempen ASAP yang akan menggunakan jalur medium filem dan muzik ini adalah diharapkan dapat meneruskan dan memperkuatkan lagi kesedaran tentang bahaya amalan merokok terutamanya di kalangan belia-belia di Malaysia.

Mesej-mesej yang berkait rapat dengan akibat merokok akan disampaikan secara tidak langsung/ halus menerusi sebuah filem pendek berdurasi 10-minit yang bakal diarahkan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik, Aron Koh.

Beliau telah memilih penyanyi dan pencipta lagu, IZ One In A Million 2 sebagai Jurucakap Rasmi kempen ASAP dan juga sebagai watak utama di dalam filem pendek yang dijadualkan bakal siap pada September depan. IZ telah dipilih berdasarkan cara hidup sihat beliau yang bebas rokok dan juga pencapaiannya baru-baru ini setelah dinobatkan sebagai pemenang Kategori Vokal di World Championship of Performing Arts, di mana IZ bakal mewakili Malaysia di Hollywood, LA Julai depan.

Kempen ASAP yang membawa tujuan untuk beramal dan pada masa yang sama berkonsepkan khidmat masyarakat ini bakal dimulakan dengan terhasilnya lagu tema bersama-sama sebuah muzik video yang juga akan dipersembahkan IZ sebelum kemuncak pelancaran secara besar-besaran ASAP di mana filem pendek tersebut akan ditayangkan.

Kempen ASAP berfungsi sebagai pemangkin usaha meneruskan kesedaran yang berterusan di kalangan belia-belia di Malaysia tentang bahaya tabiat merokok dan bagaimana amalan buruk tersebut dapat mempengaruhi kesihatan, gaya hidup dan silaturrahim keluarga mereka di masa hadapan.

Ingat ASAP. Bertindak A-S-A-P (As Soon As Possible!). Untuk keterangan lanjut sila lawati www.asap.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hard Rock Calling Pearl Jam, Stevie Wonder Rock Concert

Fiq Mentor Lahir Semula Dengan Diagnostik