in , ,

Video Travelogue IZ di Cruise With Angkasawan

Jika anda sempat menonton rancangan Nona di TV3 petang tadi, pasti anda dapat melihat rangkuman sekitar Pelayaran Ke Pulau Phuket & Krabi bersama dengan Angkasawan Negara.

Budiey tak sempat tengok tadi sebab masih berada di Universal Studio, Singapura. Itu pun Budiey terbaca mentioned dari pembaca kat Twitter, diorang ada cakap nampak Budiey dalam rancangan Nona tadi. Tengokla, kalau sempat Budiey tengok di Portal Tonton. Budiey masih ada di Bumi Temasik ni. Maklumlah malam tadi, Anugerah Planet Muzik berlangsung jadi, alang-alang datang ke Singapura ni, Budiey ambil peluang untuk jalan-jalan di Universal Studios. Best tapi penat giler!

[pullquote]Sila LIKE entri ini jika anda salah seorang penonton #CruiseWithAngkasawan dalam Nona tadi.[/pullquote]

Sekurang-kurangnya, anda yang dah tengok tu, pasti akan teruja nak ke sana juga. Betul tak?

Kalau tanya pada Budiey setelah melancong sambil belayar bersama Angkasawan Pertama pada 2 Disember – 5 Disember 2012 lalu, Budiey akan cakap, ya memang best sebab dapat belayar untuk kali kedua. Sebelum ni, Budiey pernah mengikuti pelayaran di atas kapal yang sama pada tahun lepas anjuran stesen 8TV.

[dropcap]B[/dropcap]est tu memang bestlah. Tapi seperti biasa setiap kali melancong badan Budiey akan rasa sangat penat. Kalau belayar selama 4 hari 3 malam, dah tentu badan kena lambung dek ombak.

“Siapa cakap tak boleh belayar dengan SuperStar Libra pada musim tengkujuh ni? Siapa cakap? Budiey dah pun melalui pengalaman itu dan alhamdulilah, tiada masalah apa pun. Ombak pun taklah ganas dan tinggi sangat pun.”

[dropcap]B[/dropcap]udiey nak ucapkan terima kasih kepada satu-satunya angkasawan kebanggaan rakyat Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, yang sudi menjemput Budiey mengikuti pelayaran ke Phuket dan Krabi, Thailand dengan menaiki kapal mewah, SuperStar Libra bersama dengan peminat setianya.

[pullquote align=”right”]Selain ditemani 7 orang media, rombongan Cruise With Angkasawan juga turut disertai oleh penyanyi IZ.[/pullquote]

Menurut IZ, ini adalah pengalaman pertama dapat menjejakkan kakinya di Pulau Phuket dan Pulau Krabi. IZ yang juga pertama kali belayar dengan kapal Star Cruise Libra mengakui, pengalaman ini sangat berharga buat beliau kerana dapat menikmati keindahan sekeliling Laut Andaman dan keunikan Pulau Phuket dan Krabi.

Kehadiran IZ bukannya semata-mata untuk suka-suka tapi beliau juga turut diberi peluang menghiburkan semua pengikut setia Angkasawan di Majlis Makan Malam Gala yang diadakan pada malam terakhir di Star Cruises itu.

Sebanyak tiga buah lagu telah dinyanyikan sambil sempat mengusik Dr Sheikh Muszaphar untuk bernyanyi bersama.

Jom ikuti video travelogue IZ sepanjang #CruiseWithAngkasawan

Travelogue IZ bersama Angkasawan – Penang White Coffee – Part 1

Travelogue IZ bersama Angkasawan – Teochew Cendol – Part 2

Travelogue IZ bersama Angkasawan – Meet & Greet – Part 3

Travelogue IZ bersama Angkasawan – Phuket – Part 4

Travelogue IZ bersama Angkasawan – Krabi – Part 5

Travelogue IZ bersama Angkasawan – Malam Gala – Part 6

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012

Filem Animasi Terbaik Di TV2