in ,

IZ Menaruh Harapan Masuk Akademi Fantasia 2013

[dropcap]U[/dropcap]jibakat selama sebulan untuk Akademi Fantasia 2013 dah pun tamat. AF 2013 bakal bersiaran selepas raya nanti. Sebagai pembuka tirai, ada tiga orang artis yang sudah ada ‘lulus’ di hari pemilihan Akademi Fantasia 2013.

Budiey tak sabar sebenarnya untuk menunggu keputusan senarai peserta Akademi Fantasia 2013. Bukan apa, ramai betul selebriti dan penyanyi yang sedia ada dan dah ada nama sudah lulus membolosi diri sehingga menggenggam sehelai kertas oren simbol nama mereka sudah ada dalam senarai. Cuma dalam ratusan yang berjaya, nama ini akan disenarai-pendekkan. Antara nama selebriti yang pergi dan lulus di sesi ujibakat AF13 ialah Fida, Arja Lee dan… IZ. Tahniah!

Selain Iz bekas peserta Fear Factor Selebriti Malaysia, Budiey juga dapat tahu Saiful OIAM ada pergi sesi ujibakat untuk Akademi Fantasia 2013 kali ini. Tapi, tak tahu sebab apa, Saiful OIAM tersingkir awal. Jadi yang tinggal sekarang hanyalah Iz FearFactor.

iz

Penyanyi kelahiran OIAM ini telah mengkhabarkan berita gembira ini di blognya.

Hello July, Bye Bye June! Dah sampai half of 2013! X sangka kan? Kejap je. Soon nak PUASA dah! Then it’s Raya. Then it’s @AkademiFantasia for me! Alhamdullillah sy lepas. I’d say being accepted in AF is the highlight for me this year. Ramai yg kata jangan pergi audition. “You dah star!” “La kenapa masuk?” “AF tu x de kualiti!” “You urban x sesuai masuk” “You rasa you layak ke?” “You are not good enough la IZ” “Jangan desperate sangat la”.

WELL LEMME SHARE THIS. Sebenarnya IZ dah lama nak masuk AF tapi AF cuti 2 tahun. Siapa x nak masuk AF? Tenaga pengajar mereka semuanya ada kelayakan & masing2 berada di tahap yg tinggi dlm bidang masing-masing. Wow! Bestnya dapat ilmu dari mereka yg sudah BERJAYA. Dlm hidup, kita x boleh berhenti belajar & BERJUANG. Right? If doors keep shutting down on you, get up & create your OWN door. Kenapa sy nak masuk AF? Ramai yg tanya termasuk para juri sendiri masa ujibakat.

Saya nak tunjukkan pada keluarga terutamanya adik-beradik sy, sebagai anak sulung, sy adalah seseorang yg bukan mudah mengalah. Sy FIGHTER (mcm @HairulAzreen haha). Semua org kata mereka boleh menyanyi & menari tetapi apa yg sy mahu tunjukkan adalah SEMANGAT jitu. Sy pergi ujibakat AF di Penang pada 8 June 2013 pd harijadi sy secara RAHSIA. Keluarga & rakan2 tidak tahu. Tapi kecewa & sedih sebab x dapat masa tu. @CikguShafi kata sy ada masalah pernafasan. #NajibAli kata sy xde star quality. Muka nampak stress.

Mlm tu sy celebrate birthday dgn keluarga pun xde mood tapi cover senyum. They don’t know. Sebenarnya berlakon je nak cover kekecewaan yg melanda haha. Malam tu tidur sambil minum air kelapa kat katil haha dalam dilemma samada besok nak pergi atau tak audition SEKALI LAGI. Sy kuatkan semangat & tebalkan muka & pergi CUBA lagi sekali. ALHAMDULLILLAH kali ni BERJAYA. @CikguShafi kata sy nyanyi much much better tapi ada masalah dgn sebutan huruf D tapi boleh diperbaiki cuma mungkin ambil masa.

Mungkin semalam nervous kut. #NajibAli tanya apa yg sy mahu tunjukkan hari ini berdasarkan komen2 juri semalam? Sy kata sy nak tunjukkan sy seorang insan yg bukan mudah berPUTUS ASA & kalau para juri x boleh FEEL apa yg sy persembahkan semalam, kali ini sy akan perform seikhlas-ikhlas hati sy dgn harapan juri boleh ‘RASA’. Sy performed A Whole New World, Suci Dalam Debu, #CintaAkhir, Boyfriend by @JustinBieber & Seribu Impian. Lepas habis perform, juri said TQ… sy balas senyum balik pada mereka sebb sy ingat sy X dapat utk percubaan kali ke2 tapi sy OK sebab fikir at least sy dah CUBA! Sambil berjalan keluar off stage, juri @CikguShafi panggil, IZ AWAK DAPAT! Masa tu happy Allah je yg tahu. I GOT THIS. CANT BELIEVE IT. I STILL CANT BELIEVE IT! Menuju Puncak, Lets go! #FighterMode Money can buy a lot of things in life BUT money can’t buy the drive & desire to SUCCEED!

Tahniah dan selamat maju jaya IZ.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Demi Dia Lakonan Zoey Rahman

AirAsia Perkenal Raya Meal Combo