in

Irama Bollywood Menerusi Bollywood Times, Minnal FM

NIKMATI IRAMA BOLLYWOOD MENERUSI BOLLYWOOD TIMES, MINNALFM
MINNALfm, stesen radio berbahasa tamil RTM terus menyemarakan hari-hari anda dengan memutarkan lagu-lagu tamil dan hindi yang lama dan baharu. Sesuai dengan matlamat stesen ini bagi memenangi pendengaran setiap pelosok warga india di Malaysia, MINNALfm menampilkan DJ-DJ yang muda dan bertenaga dari segi penyampaian dan isi kandung program radio.

Istimewa untuk anda, tidak kiralah kaum india, melayu, cina mahupun bangsa-bangsa lain, Irama Bollywood disiarkan menerusi Rancangan Bollywood Times setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 10.05 pagi hingga 11.00 pagi di MINNALfm. Dengan sambutan yang semakin hangat, Thenmolee Shanmugam, penerbit rancangan ini berharap Bollywood Times akan dapat memenuhi citarasa pendengar berbilang kaum yang semakin dahaga hiburan rentak bollywood.

Dengan respon dari pendengar, Thenmolee Shanmugam membuat beberapa perubahan dalam segmen Bollywood Times bagi memberi nafas dan wajah baru kepada segmen popular MINNALfm ini. Setiap hari Isnin, Bollywood Times akan keudara dengan pengisian lagu-lagu bollywood sambil diselang seli dengan makna bait-bait lagu yang diputarkan. Pada hari Selasa, 10 buah lagu yang mendapat undian terbanyak daripada pendengar akan diputarkan sepanjang program ini. Setiap hari Rabu pula, Bollywood Times membuka peluang secara interaktif kepada pendengar untuk memilih lagu-lagu pilihan mereka dikeudarakan sepanjang sejam rancangan ini. Untuk itu, pastikan anda menghubungi 03-22825733 atau 03-22824768 untuk memilih lagu pujaan anda dan pastinya DJ serta penerbit bersedia melayan permintaan anda.

Kepada anda yang meminati lagu-lagu retro Hindi, pastikan setiap hari Khamis, anda memilih Bollywood Times sebagai teman penghibur. Setiap hari Jumaat, Bollywood Times menyediakan lagu-lagu hindi popular disamping pelbagai info terkini dunia bollywood. Ingin tahu gosip terkini bollywood? terus melekat bersama Bollywood Times setiap hari Jumaat. Pada hari Sabtu pula, kepada pendengar yang tidak dapat menembusi talian Bollywood Times, pastikan anda ajukan pilihan lagu-lagu anda menerusi email ke [email protected]. Peminat setia irama bollywood turut boleh memilih lagu menerusi surat atau poskad dan alamatkan kepada Penerbit Bollywood Times, Pejabat MINNALfm, Tingkat 4, Wisma Radio, Angkasapuri, Peti Surat 11272, 50740, Kuala Lumpur.

Untuk itu, pastikan anda terus bersama MINNALfm dan berhibur dengan lagu-lagu hindi terbaik menerusi Bollywood Times, Isnin hingga Sabtu, 10.05 pagi hingga 11.00 pagi. Segala yang anda mahukan dalam dunia Bollywood, ada dalam Bollywood Times, MINNALfm.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Noniswara Kahwin

The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader Begins Filming In Australia’s Gold Coast