in

Gambar Pelakon Noniswara Kahwin

KUALA LUMPUR: Aktres jelita Noniswara Baharudin akhirnya selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak malam tadi. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Malik Saleh dan adik kepada Rosman, Bani Uzair Baharuddin menjadi wali kepada adiknya, Noniswara.

3777840630 E437C456C6 O | 4

Mas kahwin bagi perkahwinan pasangan ini adalah sebanyak RM 317. Namun wang hantaran ‘dirahsiakan’ kerana Nonis tidak mahu ianya dihebahkan.

“Biar saya dan suami saya saja yang tahu…,” kata Nonis dengan senyuman yang manis terukir di bibir.

Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek. Ini adalah perkahwinan kedua bagi kedua pengantin yang kelihatan berseri-seri dengan berpakaian putih sedondon.

3777037659 B309Bf788C O | 5

PENUH SYAHDU….Kucupan suami kepada isteri di majlis akad nikah yang berlangsung dengan sederhana.

Noniswara, 39, yang mesra disapa Nonis itu kelihatan sungguh menawan dengan busana pengantin rekaan Butik Cosry sementara pasangannya Datuk Rosman, 5o tahun, tampan bergaya dengan pakaian baju Melayu putih senada. Selebriti yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama sementara Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.

Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek.

Manakala hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula adalah sebanyak sembilan dulang iaitu Kitab Al-Quran, Tepak Sireh, Manisan, Set Wangian, Cincin, Jam Tangan, Set Pakaian Lelaki (Raoul), Kasut dan Kek.

Antara artis yang turut hadir pada majlis perkahwinan ini ialah Datuk Salwa Abdul Rahman, Radhi Khalid, Kuna, Fizo Omar dan Rebecca Nur Islam. Nonis akui begitu berdebar walaupun ini adalah perkahwinan kedua beliau.

3777037887 9D94E126C7 O | 6

Majlis resepsi akan berlangsung pada esok malam, 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Namun kata Nonis, majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan yang sama cantik dan sama padan.

“Majlis ini juga untuk memberitahu saudara-mara,teman rapat dan peminat, saya sudah menamatkan zaman solo (janda) dan kini berkahwin buat kali kedua dan membina keluarga yang baru. Saya harap peminat akan mendoakan majlis pernikahan dan resepsi kami berjalan lancar seperti direncanakan nanti,” kata Nonis di sidang akhbar sebaik akad nikah selamat berlangsung.

Nonis akan menggayakan rekaan Amir Luqman pada majlis resepsi. Dan khabarnya, tetamu jemputan akan dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada rakan artis pada majlis resepsi itu nanti.

3777038251 9C690E7A6D O | 7

“Tunggulah besok….barulah surprise,” kata Nonis apabila diasak siapakah artis yang diundangnya untuk buat persembahan pada majlis resepsinya malam esok. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Aktor Veteran Berkepit Wanita Muda

Irama Bollywood Menerusi Bollywood Times, Minnal FM