in ,

Gambar Pereka Fesyen Amir Loqman Pakai Baju Maskulin

Kepada penggemar fesyen atau fashionista di Malaysia, pastinya M-IFW 2010 yang sedang meriah dianjurkan di Pavilion tatkala ini menjadi tumpuan mereka.

Seperti tahun sudah, Budiey juga tak ketinggalan untuk mengambil gambar di event tahunan ini. Terima kasih Budiey dahulukan buat dua orang pereka fesyen Zery Zamry dan juga Nik Erwan yang sudi menghulurkan kad jemputan untuk hadir di Bumiputera Designer Association (BDA) Malaysia International Fashion Week 2010 (MIFW 2010).

Semalam, adalah peluang pertama untuk Budiey berpijak di MIFA. Dalam hati, niat nak jadi pemerhati dan melihat apa yang berlaku sepanjang event berlangsung. Suasana sangat meriah dan ramai orang sekali yang hadir untuk menonton model dan beberapa orang artis yang buat muse atau penampilan khas di runway. Untuk setiap pereka fesyen, ada seorang dua artis yang buat kejutan.

Namun, berlainan senario semasa pertunjukan fesyen dari rekaan menawan penuh gaya feminine dan maskulin, Bon Zainal. Muse untuk sesi ini sangat mengejutkan juga. Dia bukannya artis tapi mungkin buat peminat fesyen tanahair pasti mengenalinya. Dia ialah Amir Luqman, seorang pereka fesyen terkenal!

Bagi pembaca yang belum tahu, imej dan penampilan Amir Luqman di luar memang ada style yang unik sikit. Kadang-kadang tu, Amir Luqman memang seksi habis. Tapi untuk kejutan di sesi Bon Zainal, Amir Luqman yang tak pernah tampil dengan imej maskulin tampil dengan sepasang suit lelaki siap memakai blazer dan bertali leher yang begitu eksklusif. Tapi yang penting, Amir Luqman tetap dengan kasut tingginya. Menurut Amir, ini adalah kali pertama dia memakai dan memperaga pakaian yang maskulin. Sesuai kalau Amir dengan imej lelaki. Sekali tengok macam model antarabangsa. Lihat pada tulang pipinya yang tinggi tu… memang ada bakat jadi seorang yang maskulin. Cuma bab kasut tinggi yang tak tahan tu. Mana boleh tinggal!

Amir Loqman

Amir Loqman

Amir Loqman

Amir Loqman

Amir Loqman

Amir Loqman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

International Artiste Iyaz Bakal Gegarkan Shout! Awards 2010

Astro Shaw & Tayangan Unggul Cari Skrip Filem