in , , , ,

Foto Pelakon Thailand Inthira Charoenpura di Malam Gala Filem SUMOLAH!

Antara pelakon Sumolah yang ingin sangat saya ketemu, ialah tidak lain dan tidak bukan. Ini dia satu-satunya pelakon Nang Nak, Inthira Charoenpura.

Diterbangkan nun jauh dari utara… negara terkenal dengan budaya eksotiknya, Thailand. Datang semata-mata untuk mempromosikan filem Sumolah. Pertama memandang wanita manis dan seksi ini… wow mempersonakan. Bak kata Dekna, wow…menghelik! Cantik dan manis. Sekali tengok macam Fauziah Latif. Dua kali tengok macam Angelina Jolie.¬†ūüôā

Akhirnya, sampai hajat juga dihati bertemu dengan Inthira Charoenpura. Lega! Saya dah jadi peminat dia. Balik ni nak pi tengok filem Nang Nak  sekali lagi lah.

Ada yang bertanya, mengapa harus mengambil pelakon wanita dari Thailand untuk membawa watak Siti, gadis berkacukan Melayu-Jepun (Malaypun?)… sedangkan di Malaysia banyak lagi pelakon yang boleh diketengahkan?

Saya kira soalan ini layak dijawab oleh Afdlin Shauki. Saya rasa ini bukan isu besar. Tidak kisah. Mungkin ini satu strategi untuk melariskan filem. Lagi pun, sekali sekala mengambil pelakon dari luar memberi cabaran hebat untuk pelakon tempatan agar memantapkan lagi mutu lakonan.

Oh ya lupa nak bagi tau, kostum dan pakaian untuk filem Sumolah adalah diselenggara oleh Shada. Manakala pakaian Inthira untuk Malam Gala ialah Amir Loqman. Amir adalah pereka yang terkenal dengan gaya elegan, gaya meletop dan cukup sensasi. Amir turut berada di Fukuoka bagi membantu dalam penyediaan kostum. Amir merupakan kawan rapat kepada pelakon drama Emil Emilda dan juga pereka grafik kepada poster filem Sumolah, Isma Yusoof. Saya sempat menyapa mereka untuk bergambar…

Fuh! Meletop betul Isma Yusoof! Haha! Seluarnya unik. Macam rekaan Key Ng. Tak pun Philosphy, tak pun… Kwan. Saje je ni teka. Bila saya tanya Isma tak jawab. Manakala Amir Loqman pula, dah tentu direka oleh diri sendiri. Fuh! Seksi you! Berleher besar, ‘membuka’ dan menggunakan warna putih. Dililit dengan tali pinggang kuning tebal. Mengancam!

Amir Loqman dan Isma Yusoof bersama Erra Fazira, juga mengenakan baju dan seluar putih. Suci, murni dan sopan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Corat Coret Sekitar Malam Gala Filem SUMOLAH di GSC Mid Valley

Meriahnya! Ini Gambar Selebriti di Malam Gala SUMOLAH