in

Astro Shaw & Tayangan Unggul Cari Skrip Filem

Sebagai usaha untuk memeriahkan lagi industri perfileman tanah air, Astro Shaw (ASHW) dan Tayangan Unggul (TUSB) mengambil pendekatan dengan mencari skrip filem daripada penulis amatur atau profesional untuk diterbitkan pada tahun 2011.

Menurut Eksekutif Perhubungan Awam dan Pemasaran ASHW/TUSB Ira Fazir Che Ishak kepada portal mStar Online, pencarian ini dilakukan demi membuka peluang kepada semua pengkarya amatur atau profesional untuk menyalurkan skrip mereka pada syarikat produksi tersebut.

Berdasarkan perancangan, produksi itu mensasarkan untuk menerbitkan filem cereka sebanyak yang mungkin bagi memrikan lebih pilihan kepada penonton, selain memberi persaingan sihat kepada pengkarya lain.

“Kami merancang untuk menerbitkan lebih banyak judul filem cereka pada tahun depan. Mengikut perancangan, mungkin di sekitar 18 judul filem.

“Jadi, kita mahu mencari lebih banyak skrip filem pelbagai genre dan konsep daripada orang ramai tidak kira amatur atau profesional untuk sama-sama menyertai kami merealisasikan perancangan itu,” katanya.

Jelas Ira lagi, orang ramai yang mempunyai apa jua konsep dan idea filem boleh menghantar skrip mereka dalam bentuk sinopsis dan skrip asas atau lengkap untuk pertimbangan lanjut.

“Kita tidak letakkan sebarang limitasi pada jenis skrip yang hendak dihantar. Sesiapa yang berminat dan mempunyai apa jua jenis skrip tidak kiralah bertemakan percintaan, kenegaraan, sejarah, epik, perang dan sebagainya boleh menghantar skrip mereka kepada kami.

“Apa yang penting, skrip tersebut mestilah mempunyai jalan cerita dan kandungan yang sesuai untuk diangkat sebagai filem,” katanya.

Selain itu, bagi merancakkan lagi penerbitan filem di bawah produksi ASHW dan TUSB pada tahun depan, pengarah dan penerbit yang berminat untuk menerbitkan filem tetapi mempunyai kekangan kewangan turut dijemput untuk menghantar skrip masing-masing untuk diangkat ke layar perak.

Karya-karya tersebut boleh dihantar ke [email protected] selewat-lewatnya pada 20 November ini. Karya-karya terpilih akan dijemput untuk menghadiri satu sesi pitching yang akan diadakan pada awal Disember depan. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pereka Fesyen Amir Loqman Pakai Baju Maskulin

Temui Shahir dan Adira di Ujibakat Raja Lawak 5 di The Mall