Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Majlis Elyana Bertunang



BIARPUN hubungan cinta kedua-dua pasangan ini pernah dilanda masalah hingga mereka terpaksa berpisah beberapa bulan, namun atas dasar cinta yang kuat Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bersama pasangannya Khairul Anuar Haji Husin bertunang semalam dalam majlis yang sederhana.

elyana bertunang

Elyana-Khairul pernah saling melamar sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertunang.

“Saya ada melamar Khairul, Khairul pun ada melamar saya. Seingat saya masa kami saling lamar-melamar itu pada akhir tahun lepas. Semua ini adalah hikmah dari masalah perhubungan kami yang berlaku. Pada satu hari saya terfikir yang saya perlu buat sesuatu dalam hubungan kami, jadi saya ambil keputusan lamar dia(Khairul),” jelas Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini.

elyana engagement photo

Tambah Elyana juga, setiap perselisihan faham yang berlaku dalam hubungan cinta mempunyai sebab dan hikmahnya sendiri.

“Sebelum hubungan kami dilanda masalah, saya tak sedar langsung akan kebaikan yang kami ada dalam hubungan kami, bila tiba-tiba kami berpisah baru saya terasa kehilangan dan saya sedar betapa berharganya Khairul dalam hidup saya,” kata Elyana.

Khairul yang telah menjadi pilihan hati Elyana turut ditemuramah media dan mengatakan dia telah melamar Elyana sebanyak tiga kali.

“Kali pertama saya lamar dia(Elyana) pada dua tahun lepas, tapi masa itu dia masih muda lagi jadi lamaran saya tidak diterima. Kali kedua pada tahun lepas dan kali ketiga pada akhir tahun lepas. Lamaran kali ketiga itulah kami saling melamar dan lamaran saya telah diterima pada waktu itu. Pada waktu saya dilamar Elyana, saya sangat tak sangka, saya terkejut dan terharu waktu itu,” kata Khairul yang mengusahakan sebuah resotran makanan Jepun di Bangsar.

Comelnya Elyana, selamat bertunang

Semoga bahagia milikmu selamanya, Elyana

Menggayakan fesyen dari Zery Zamry

Elyana juga mengatakan dia telah bersedia untuk menjadi isteri kepada Khairul dan memiliki sebuah keluarga.

“Saya sangat-sangat bersedia untuk menjadi seorang isteri. Saya telah lama inginkan sebuah keluarga dan hari ini adalah hari yang saya tunggu-tunggu. Bagaimanapun, saya masih ada perasaan takut dan gembira. Saya gembira kerana saya telah menjelajah ke alam baru dan takut jika saya tidak dapat berikan yang terbaik kepada pasangan saya nanti,” kata penyanyi dan pelakon ini.

Kakak kepada Khairul, Razika Haji Husin menyarungkan cincin pertunangan ke jari Elyana. – foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI    

Bagi Khairul pula, majlis pertunangan ini adalah hari yang ditunggu-tunggunya dan wajah kegembiraan terpancar diwajahnya.

“Saya happy sangat2…saya harap semuanya akan berjalan lancar,” kata Khairul.

Pasangan ini turut ditanya berkenaan konsep perkahwinan mereka nanti dan mereka lebih gemar kepada konsep yang sederhana tetapi masih tidak mahu menceritakan kerana ingin membuat kejutan. Pasangan ini mula berkenalan pada 9 April 2006 dan kini sudah hampir tiga tahun mereka berkenalan. Khairul pada mulanya langsung tidak mengetahui Elyana adalah seorang artis. Elyana juga tidak memperkenalkan dirinya seorang artis, sebaliknya mengatakan dia hanya membantu ibunya menjual ‘Tupperware’.

Sifat ceria dan nakal yang ada pada Elyana inilah yang telah berjaya menawan hati Khairul untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Majlis pertunangan Elyana hari ini telah dilangsungkan dalam majlis yang sederhana di Jeumpa D’ramo yang bertempat di Bangsar. Konsep yang dipilih oleh Elyana sekeluarga adalah ‘Glam Punk Traditional Contemporary’.

Majlis pertunangan Elyana juga nampak berseri dengan sentuhan dan gabungan idea kreatif dari dua pakar dalam industri fesyen, Datin Lynda Rahim dari Butik Lynda Rahim Kuala Lumpur dan Zery Zamry dari Butik Zery Zemry Couture, Shah Alam yang turut menaja pakaian Elyana pada hari ini. Elyana juga telah memilih Saidatulnisa sebagai jurusoleknya. [sumber]

Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pelakon Penyanyi Elyana Pakai Tudung Cute
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki
  • Pelakon Zul Yahya Bertunang?
  • Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Penyanyi Ezlynn Bertunang
  • Gambar Majlis Akad Nikah Elyana & Khairul di Duchess Place
  • Busana Kurung Moden Akad Nikah Elyana Rekaan Hatta Dolmat
  • Gambar Kahwin Elyana dan Khairul: Gubahan Hantaran



    • NONA

      aik…awat pelik jer rupa elyana nih…baju dia cam tk baper sesuai lar…gaun…cam nak pi buat show jer…anyway..tahniah byk2…

    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      saidatulnisa?? very dissapointing…x sngke saidatulnisa yg mekap kan dier…
      cam x cye….bju??
      tunang kan elok kalo simpleee….

      btw..elyana..tahniah!

    • Eizlan Yusof

      Baju Elyana macam beli kat pasar malam je….let’s hope her wedding gown will look better than this…!

    • Damia Batrisyia

      orang yg sarung cincin tu muke masam jer…tak suke ke? hehhehe

    • sufiz_1979

      Selamat Bertunang Elyana dan Khairul. Semoga tabah menghadapi ujian semasa bertunang sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Jangan stress dan tension semasa bertunang. Relaks aje. Insyaallah sampai masanya bersatulah kalian berdua. Jangan bergaduh sampai putus tunang sudahlah. Pedih rasanya Beb!!! BE COOL OK !!!

    • Reena Shah

      I agreed ngan Damia Batrisyia. nampak sangat macam dia tak suka. but anyway adik dia yg tunang ngan Elyana. so who cares !!!! right ???

    • jessfirdaus

      napa orang kat semenanjung kalu tunang macam nak kahwin je..pakaian bagai nak rak.. tunang je tu.. belum confirm lagi jadi suami isteri..macam nas adilla hati tu..mengalahkan pengantin.. kalu kat cni, kitaorang tunang simple2 jer..

    • BILLONGS

      MUKA ELYANA CAM ORG TUA LA …..HEHEHE

    • Tabuan

      Selamat bertunang…. :-)

      Elyana muka nampak tua… mcm 30an..
      u amek mak andam pencen ke…. ????

      Yang sarungkan cincin tu muka masam semacam aje! tak suka ke…. ?

      :-(

    • lynda

      Baju dia mcm nak celebrate deepavali jer pastu make-up langsung x cantik, nampak org tua daa…..

    • http://yahoo aTIE_86

      selamat bertunang…
      tahniah akhirnye bertunang jugak..cute sgt2

    • zarina kamal

      dagu betul ke…knp takde seri langsung mukanya???macam tak rela je bertunang ni…muka lain sgt2…

    • zarina kamal

      baju menyerupai warna kulit…isk isk isk…tak belajar agama ke…jgnlah taksub sgt dgn bollywood……..

    • staff mayangsari resort

      selamt bertunag…selamt ye…

    • azida

      thniah elyna coz slmat dtnangkn..tp gaun yg elyna pkai 2 xssuai larr..slalunya brtng nie smple jerr..tp dpt cover blik dgn mka awk yg cute 2..so sweet..(~,*)

    • liza

      muke x masuk make up langsung.. totally out, betul ke saidatulnisa yg make up…
      kate magical touch of saidatulnisa… mcm x sesuaiiiiii je tg line 2, sian elyana… apep n semoga kejinjang pelamin……… mungkin betul mak andam pencen kot….

    • http://FANIADANIELLA piNk_belt

      cm xcaye je elyana yg ‘happy go lucky’ ni dh bertunang!c0mey la elyana ni..tp wktu btunang ni asal mke die nmpk laen hah…mybe nk bg nmpk matured ckit kut,bru sesuai gn khairul 2

    • http://- az

      mmg la..da dinamekan ruangan tok komen..ader kebaikannyer kwn2 kat cni tgur menegur..btol x..selamat beramal

    • eeyna

      okey pe..cute…no komen

    • ira

      selamat bertunang.. thniahla wt elyana.. smga b’akhir ke jinjang pelamin..n bahgia ke akhir hyat.. amin..

    • zizieyan

      pakaian die2 tak abis2 seksi la woi…….agak2 la ni kan majlis bertunang bukannya nak pegi dinner .tapi tahniah la coz dah jadi milik orang sekarang nie

    • mashi86

      xlawa sgt la elyana 2 npk cam org 2a je…n then xbseri lngsung muka die 2..

    • Adek91

      Elyana must b cool…. Relax tau dengar ape2 komen pon.Yang penting akak tetap cute.N b the best tok jd seorang penyanyi yang terkenal..Lagu2 akak semua best2.Gudluck ye..n semoge bahagie……luv u so much.

    • http://www.ask.com adlin

      hoi..
      hampa nie x hbis – hbis dok krja ktuk orang..
      fikir bagus kowt..
      hahaha..
      aper-aper pown gud lck 4 ur wedding kak elyana..

    • ina

      a’ah la..nmpk x cun lak elyana kt cni.
      bju bertunang ke smbut deepavali ekk..

    • yana

      Erm akk nmpk ala2 hindi g 2…thniah ye kak..
      hope prtungn akk brkekaln ke jinjang pelamin ye…
      mmmmuuuahhh..cyg akk..

    • aida

      tunang elyana ni dulu player…bnyak gf..kje pon kat club…nasib ko la elyana..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK