in , ,

“Saya Tertekan Sebab Netizen, Saya Give Up,” – Elyana

Semalam, perkongsian terbaru penyanyi Elyana menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya tidak bertudung di Instagram.

Menerusi entri itu, Elyana mengenakan ‘hoodie’ dan berseluar jeans yang dilihat beberapa bahagian terkoyak, namun tidak lagi berhijab.

Susulan tindakannya itu, ada yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan penyanyi itu, tidak kurang juga ada yang mengecam.

Memetik Utusan Online, Elyana mengakui tertekan dengan netizen yang sering mempersoalkan caranya dalam menutup aurat.

“Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul-betul give up,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, baju yang dipakai olehnya itu tertulis ‘jadi diriku’ turut menjadi perhatian ramai. Malah, Elyana turut menutup ruangan komen perkongsian itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dituduh Sunting Adegan Video Asal, Pak Cik Shell Tampil Beri Penjelasan

Apple Dijangka Fokuskan September Untuk iPhone Dan Apple Watch