in , ,

WebTVAsia Realisasikan Impian Elyana Mahu Aktif di Youtube

* WebTVAsia umumkan Elyana Emrizal sebagai bakat MCN baharu di bawah naungan mereka. Majlis sesi menandatangi kontrak telah berlangsung di pejabat HQ, WebTVAsia bertempat di Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail pada jam 2 petang.

Baru -baru ini, bertempat di pejabat urusan WebTVAsia di sekitar Jalan Sultan Ismail, pihak WebTVAsia dan Playground Asia telah menandatangani kontrak bersama seorang artis yang popular dengan lagu Niat, Kalis Rindu dan Tapak Sulaiman sebagai artis MCN terbaharu mereka. 

Elyana X WebTVAsia_For media (1)

Melebihi dua dekad dalam industri hiburan tanah air, Elyana teroka bidang baharu. 

Elyana Emrizal atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian dan lakonan selama lebih 21 tahun.

Memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun, Elyana bakal meneruskan perjuangannya sebagai bekas pesakit kanser limfoma dengan memberikan inspirasi tentang kehidupan seharian beliau melalui projek bersama WebTVAsia.

Elyana (12)

“Hari ini saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana pihak WebTVAsia memberikan peluang untuk saya berkarya dan merealisasikan impian saya.

Sebenarnya memang sudah lama saya ingin aktif dalam YouTube sebab ada terlampau banyak yang saya ingin kongsikan kepada peminat saya.

Harapan saya untuk projek ini, dapat memberi manfaat bukan untuk diri saya dan ‘team’ sahaja, malah untuk semua yang pernah melalui pengalaman seperti saya.

Mungkin saya dapat memberi semangat dan inspirasi keceriaan dalam hidup bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia.

Saya percaya, ramai lagi insan di dunia ini yang memerlukan semangat ini untuk meneruskan hidup mereka. 

– Elyana
Elyana X WebTVAsia_For media (2)

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia, Fred Chong pula berkata, 

Saya amat berbangga dengan kejayaan Elyana selama berbelas tahun berjuang sebagai bekas pesakit kanser limfoma tahap empat.

Walaupun Elyana sudah beberapa tahun berehat, saya percaya Elyana masih mampu memeriahkan lagi industri hiburan dan boleh berkongsi inspirasinya ke seluruh pelusuk dunia.

Pihak kami juga percaya Elyana mampu menyuntik semangat dan inspirasi buat ramai lagi insan yang mempunyai nasib yang sama seperti beliau.

WebTVAsia juga turut memainkan peranan penting dalam memartabatkan para creator seluruh Asia,”

Fred Chong
Elyana X WebTVAsia_For media (4)

WebTVAsia merupakan sebuah syarikat hiburan digital yang mempunyai lebih 3000 saluran YouTube seluruh Asia Tenggara (3 Diamond Button, lebih 100 Gold Button dan lebih 1000 Silver Button). Di masa akan datang, untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perkembangan Elyana dan WebTVAsia, boleh layari laman Facebook dan Instagram Playground Asia. 

Elyana X WebTVAsia_For media (3)
Elyana X WebTVAsia_For media (2)
Elyana X WebTVAsia_For media (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anda Peminat MLBB? Inilah 4 Sebab Mengapa A53 5G Peranti Paling Sesuai 

Sekitar Media Night & Majlis Berbuka Puasa Armani Entertainment Group