in ,

Gambar Liyana Jasmay di Pelancaran Drama Ponti Anak Remaja

Jam 11 pagi tadi telah berlangsung Majlis Pelancaran Drama Ponti Anak Remaja di Aaliya Island, No. 8, Lorong Dungun, Bukit Damansara, Petaling Jaya.

Turut hadir ialah pelakon utama iaitu Liyana Jasmay. Walaupun sibuk dengan promo FFM23, Liyana Jasmay tetap hadir walaupun agak lewat. Itu menunjukkan pelakon slim molim ini begitu komited dengan kariernya.

Untuk info pembaca, Mini Siri Ponti Anak Remaja adalah diadaptasi dan lanjutan dari drama tajuk yang sama, pernah ditayangkan di Astro Ria pada tahun lepas. Budiey dengar, ramai yang menonton drama ini sementelah lagi pada masa itu demam filem-filem yang bercorak mistik dan vampire, Twilight.

Drama mini bersiri ini bercorak komedi ringan hanya akan disajikan sebanyak 4 episod sahaja. Yelah, nama pun drama mini jadi taklah panjang sangat sampai berpuluh episod. Dengan arahan seorang penulis skrip dan pengarah muda kreatif, Nizam Zakaria drama ini didokong oleh pelakon remaja yang lain iaitu Tam Suhaimi, Amran Ismail, Finie Don, Nazim Othman, Azlee Khairi dan ramai lagi.

Liyana Jasmay semakin berani dengan penampilannya yang memang mantap habis. Pagi tadi, Budiey tengok Liyana Jasmay hanya memakai baju labuh dan tanpa seluar atau skirt! Cuma memakai stokin sahaja. Sekali tengok memanglah nampak macam tak kena. Tapi bagi Liyana Jasmay, itulah namanya fesyen zaman sekarang. Mungkin biasa kalau baju labuh macam ni orang pakai masa nak tidur tapi kalau lihat pada mutu fabriknya dan hiasan perincian halus pada bahagian leher, gaya ini nampak eksklusif. Hawt giler!

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rafflesia Taja 7 Selebriti Ternama di FFM23

Gambar Vanida Imran di Majlis Tajaan Rafflesia FFM23