in

Gambar Idola Kecil 3 di Zoo Negara

Foto Lomo di Zoo Negara!

Penuh dengan keceriaan dan kegembiraan, kesemua 10 peserta Idola Kecil 3 telah berpeluang ke Zoo Negara pada 22 November 2010 untuk satu lawatan sambil belajar di mana pelbagai program telah diatur supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

idola kecil 3

Selari dengan era teknologi moden, mereka sebelumnya telah diajar teknik menggunakan kamera lomo dari tenaga pengajar profesional dari Lomokids. Satu pertandingan sesama mereka telah diadakan untuk lebih mendalami ilmu fotografi yang unik ini.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mereka meluahkan personaliti mereka melalui fotografi. Mereka diminta untuk berkongsi pendapat dan sekaligus menangkap gambar-gambar haiwan, papan tanda dan di serata persekitaran zoo tersebut.

Nor Balqis Bt. Ahmad Tajudin (Balqis, 11 tahun) berjaya menambat hati para juri apabila dia dipilih sebagai juara pertandingan tersebut dan memenangi satu t-shirt ekslusif dari Lomokids.

Lawatan ini sedikit sebanyak telah memberi para peserta cilik ini peluang untuk menimba ilmu dan menanam sifat cinta terhadap alam dan hidupan. Bukan itu sahaja, malah mereka juga dapat menanam semangat dan keyakinan apabila beraksi di atas pentas setiap minggu.

Selepas satu hari yang amat menyeronokkan di Zoo Negara, semua peserta cilik Idola Kecil 3 ini juga sempat bergambar dengan peminat-peminat mereka.

Untuk melihat segala aktiviti peserta Idola Kecil 3, jangan lupa saksikan Klip Mini Idola Kecil 3 dan juga Klip Ekstra Idola Kecil 3 pada setiap Isnin hingga Khamis selama 3 minit pada 7.00 petang manakala Klip Ekstra Idola Kecil 3 pula akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat jam 9 malam.

Konsert Idola Kecil 3 pula akan bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 9 malam, hanya di saluran TV9!

idola kecil 3

idola kecil 3

idola kecil 3

idola kecil 3

idola kecil 3

idola kecil 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Buried Life

Promosi JOM JIMAT Together-gether Serverfreak