Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Heliza di Majlis Pelancaran Heliza Helmi Productions & Pelancaran Single Baru



Pada jam 3 petang semalam telah berlangsung Majlis Pelancaran Single Terbaru Heliza Helmi berjudul Panggil Namaku di tingkat 30, Hotel Crowne Mutiara Plaza. Serentak dengan itu juga, syarikat milik Heliza iaitu Heliza Helmi Productions yang telah ditubuhkan dua tahun lalu juga dilancarkan dengan disaksikan oleh VIP dan media.

Heliza hadir dengan memakai topi dan berseluar hitam, berbaju juga hitam dan disalut dengan jaket putih krim.

Adakah ini imej terbaru Heliza?

Menurut Heliza, imej bertopi ini adalah khusus untuk majlis ini dan dikira bersesuaian dengan konsep lagu terbaru yang agak hip dan rancak. Tak ubah seperti lagu rancak Agnes Monica. Tapi konsepnya sebenarnya Etnik R&B.

Eh jap, tengok pada gambar di bawah ni, bila pakai topi ni, Heliza tak tumpah pulak macam penyanyi Camelia, kan?

Semasa mempersembahkan lagu ini , budiey dapat rasakan vokal Heliza makin meningkat serta Heliza dah makin ligat menyanyi. Tahniah Heliza!

Dah dengar lagu terbaru Heliza? Kalau belum mungkin sedikit masa lagi korang akan dengar melalui corong-corong radio. Dengarnya, single Panggil Namaku sudah dihantar ke seluruh stesen radio.

Di majlis ini juga, Heliza sekeras-kerasnya menafikan gossip yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan seorang Datuk. Mmm… gossip aje tu kan? Tapi tu lah, Heliza takut masyarakat akan pandang serong. Sebenarnya, Heliza bukan sibuk buat persiapan kahwin tapi sibuk buat persiapan untuk majlis ni dan tak lama lagi Heliza sibuk dengan final exam.

Apa-apa pun, good luck Heliza!

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Heliza Helmi di Pelancaran Butik Mimpi Kita
  • Heliza Helmi Bakal Hasilkan Buku Travelog
  • Gambar Marsha Londoh di Pelancaran Butik Mimpi Kita
  • Gambar Heliza AF5 di Pengambaran Filem Syurga Cinta
  • Gambar Cover Album Single Heliza
  • Isma Tampil Dengan Lagu Aku Bukan Pilihanmu
  • Gambar Terbaru Heliza AF5 @ Sesi Pembacaan Skrip Filem Syurga Cinta
  • Wajah-wajah Heliza AF5
  • Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Heliza AF5
  • Gambar Peserta Program Tiada Lama Tiada Baru Satu-Satunya



  • 10 Komen untuk entri “Gambar Heliza di Majlis Pelancaran Heliza Helmi Productions & Pelancaran Single Baru”

    1. husna kata:

      Tahniah untuk heliza,smoga trus bjaya dlm pljaran dan seni..

    2. hani kata:

      cantiknye ija…. :) )

    3. zaa_ikram kata:

      cantekknya dia..tmbh ayu bla xda mekap.. :) mga mendpt jdoh yg baek utk dunia n akhirat ya..

    4. az kata:

      alhamdulillah bertudung pun boleh bergaya cantik….tak perlu tunjuk aurat mcm *beep*..

    5. sinukhu kata:

      is it winter right now in KL?

    6. yna kata:

      dh lain erk cikit muka heliza… semakin cantik… masa af dulu chubby ckit, n xla secantik skrg… artis bila lama2 suma jadi cantik…duit punya pasal la…

    7. AnonymOus kata:

      kak ija…!! congratss…kak ija nmpk cute….

    8. Pemerhati kata:

      saya tgk lebih cantik masa dlm AF…nampak lg cute bila muke berisi sket…pipi dan dagu lebih cantik bila nampak timbul..bukan tenbam ye..kalau terlalu kurus pon x elok…skrg muka Heliza nampak mcm cengkung sikit.

    9. zue kata:

      nice to c your comeback!

    10. Hamba Allah kata:

      Cun la tu…kurniaan ilahi…bersyukur ajelah…
      asalkan bakat dan rupa seiring…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK