in ,

Heliza Mohon Doa Ramai, Alami Detik Mencemaskan Gempa Bumi Di Kalimantan

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi berkongsi detik mencemaskan berikutan gempa bumi yang berlaku di Kalimatan Selatan, Indonesia, awal pagi tadi.

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi berkongsi detik mencemaskan berikutan gempa bumi yang berlaku di Kalimatan Selatan, Indonesia, awal pagi tadi.

Katanya yang menginap di sebuah hotel di Tanah Bumbu, Kalimantan, dia terjaga daripada tidur selepas merasai gegaran kuat hingga pintu bilik bergoyang.

“Saya terjaga daripada lena sebab tempat penginapan kami bergegar dengan kuat.

“Tiba-tiba blurr (bingung) tak tahu apa yang berlaku tetapi hotel bergoyang kiri dan kanan.

“Agak lama sebab pintu pun berbunyi,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram, pagi tadi.

Dalam keadaan kelam kabut, pemilik nama sebenar Nur Heliza Helmi, 37, itu sempat mendapatkan makluman daripada pengurusan hotel.

“Perkara pertama yang saya capai adalah jubah untuk tutup aurat dengan sempurna sebab kita tak tahu apa yang berlaku.

“Hubungi pihak hotel, mereka kata ada gempa bumi. Selepas beberapa minit buat carian di internet, sahih gempa bumi,” katanya lagi.

Pada masa sama, pelantun lagu Ayat Cinta Dari Tuhan itu meminta orang ramai turut mendoakan keadaan di sana kembali seperti sedia kala.

“Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Pemergian Heliza ke wilayah tenggara Pulau Kalimantan itu ditemani suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Selain kesan gegaran Kalimantan Selatan, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean Seismological Centre (EMSC) melaporkan gempa bumi kuat berukuran 7 pada skala Richter melanda kawasan laut dalam ke utara pulau Bali dan Lombok.

Pusat gegaran ialah 203 kilometer (km) ke utara Mataram, Indonesia, dan sangat dalam iaitu 516km di bawah permukaan bumi, namun

Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) menyatakan tiada laporan kerosakan diterima setakat ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GENTING 2023

Resorts World Genting Rai Hari Kebangsaan dengan Aktiviti & Tawaran 

GEGAR VAGANZA 2023

Juara vs Juara Berentap di All Stars Gegar Vaganza, Ini Senarai Peserta!