in

Filem Inggeris Hebat Raikan Hari Pekerja

2 Filem Inggeris Hebat Raikan Hari Pekerja 1 Mei Ini di RTM

Hari Pekerja yang diraikan semua tanggal 1 Mei ini menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan dua filem hebat untuk penonton setia salurannya. Kedua-duanya bakal menemui penonton saluran Dunia Ria, TV2 berturut-turut pada 1 Mei ini bermula dengan tayangan filem While You Were Sleeping, jam 4.00 petang dan kemudiannya disusuli filem Hannah Montana & Miley Cyrus : Best of Both World Concert, jam 9.00 malam.

Menampilkan pasangan hebat di layar yang menggandingkan Sandra Bullock, Bill Pullman, Peter Gallagher, Peter Boyle dan Jack Warden, filem While You Were Sleeping mengisahkan Lucy seorang penjual tiket yang ceria telah bertemu dengan lelaki idamannya bernama Peter. Satu hari Peter cedera dan koma di hospital. Lucy melawat Peter di hospital dan jururawat memperkenalkan Lucy sebagai tunang Peter.

hannah_montana_miley cyrus

Ketika itu Lucy tergamam dan tidak dapat menerangkan perkara yang sebenar kepada semua. Dia hanya mampu berdiam diri tanpa sebarang tindakan menyuarakan kebenaran. Manakala keluarga Peter pula telah menganggap Lucy sebahagian daripada keluarga mereka.

Sementara itu keluarga Lucy mahukannya berpasangan dengan abang Peter bernama Jack. Lucy tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila Peter sedar daripada koma untuk satu tempoh yang panjang. Konflik berlaku apabila sebaik sahaja sedar, Peter tidak mengingati siapa Lucy.

Sebelah malamnya pula, penonton seisi keluarga terutama di kalangan remaja diajak menyaksikan filem Hannah Montana & Miley Cyrus : Best of Both World Concert, jam 9.00 malam. Watak-watak utamanya dihidupkan oleh Miley Cyrus, Candice Accola, Garret Allen, Jamie Aventzen, Paul Becker dan Jaco Caraco.
Sebuah filem berkonsepkan konsert 3D 2007 Hannah Montana / Miley Cyrus. Filem ini berkisarkan kepada kisah-kisah belakang tabir sebelum memulakan persembahan. Saksikan filem menarik penuh dengan lagu-lagu yang menghiburkan.

Pengarah filem ini, Bruce Hendricks menghidupkan watak ‘segar’ seorang bintang, Miley Cyrus yang muncul sebagai persona TV Disney Channel, Hannah Montana. Paparan kehidupan Miley di belakang layar seperti menari dan menyanyi, berlatih gitar, latihan rutin dan kesungguhannya melalui perubahan kostum berbahaya dikongsi bersama peminat setia artis ini.

Luangkan masa menyaksikan dua filem menarik dengan plot cerita yang berbeza ini dalam meraikan sambutan Hari Pekerja anda hanya menerusi saluran TV2.

filem WHILE YOU WERE SLEEPING

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NCIS Musim Ke 7 Kembali di 8TV

Hati Yang Terpinggir Lakonan Rozita Che Wan & Elfira Loy