in ,

Hati Yang Terpinggir Lakonan Rozita Che Wan & Elfira Loy

Hati Yang Terpinggir Temukan Rozita Che Wan Dan Elfira Loy Pada 30 April 2011 Di TV1

Penampilan pelakon cantik terkenal Rozita Che Wan sememangnya dinantikan peminat setianya membintangi drama-drama yang menguji kemampuannya menghayati watak yang diberikan pengarah. Namun tidak kurang hebatnya kemunculan pelakon baru, Elfira Loy yang dilabelkan mampu menjadi pelapis dalam bidang lakonan seiring dengan pelakon-pelakon yang sedia ada.

HATI YANG TERPINGGIR

Terbaharu kedua-dua dramatis popular ini dipertemukan dalam sebuah drama menarik, Hati Yang Terpinggir pada 30 April 2011, jam 3.05 petang di TV1 dimana mereka masing-masing membawakan watak berat yang mampu menguji kreadibiliti sebagai pelakon berbakat. Elfira Loy menjadi watak utama yang menghayati liku hidup seorang remaja yang menghidapi penyakit HIV. Manakala Rozita Che Wan memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu yang berdepan kesukaran untuk meyakinkan anak angkatnya itu bahawa kehidupan mesti diteruskan dengan tabah.

Bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Rashidi Ishak, Erin Malek, Norish Karman, Ako Mustapha, Wan Maimunah dan Rosnah Mat Aris, drama ini mengisahkan Shazreen atau Sha yang dihayati wataknya Elfira Loy, seorang pelajar perempuan yang cemerlang dan punya ramai kawan di sekolahnya. Sikapnya yang lemah lembut, ceria dan murah dengan semyuman di samping tidak kedekut ilmu membuatkan pelajar lain senang berdampingan dengannya. Sha turut diminati oleh seorang pelajar lelaki bernama Rizlan. Persahabatan baik antara Sha dan Riz membuatkan Ifa cemburu.

rozita che wan

Seminggu selepas PMR, Sha yang sebelum ini selalu demam dan selsema disahkan menghidap AIDS. Berita itu umpama gempa bumi bagi diri Sha dan seluruh kaum keluarganya. Dan lebih menghairankan apabila kedua ibu dan bapa Sha tidak mempunyai simtom HIV pun. Ibu dan bapa Sha mengaku yang Sha merupakan anak angkat.

Cerita di UK diceritakan oleh Umairah kepada Sha. Sha adalah anak kepada seorang pelajar cantik di UK dan hidup dengan pelbagai lelaki untuk menampung kehidupannya di situ. Sha lahir dari hubungan yang celaru. Sha kemudian diserahkan kepada Umairah dan suaminya, Mohamad ketika umur Sha 3 tahun.

Di sekolah, Sha kemudian cuba mengadu nasib pada kawan-kawannya terutama Rizlan. Tetapi alangkah malang apabila Rizlan dan kawan-kawannya mula menjauhkan diri. Sha kemudian beritahu Umairah dia ingin jumpa dengan ibu kandungnya.

Umairah berbincang dengan Mohamad dan mereka cuba menjejaki ibu Sha yang bernama Zanariah. Mereka jumpa ibu Zana, Makcik Embun. Dalam tangis Embun beritahu Zana telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu kerana AIDS. Embun turut beritahu yang jenazah Zana dibawa pulang ke Malaysia beserta satu kotak yang tertera nama Shazleen Mohamad. Zana beritahu dia ada HIV dan dia juga tahu Sha turut ada HIV. Zana minta maaf kerana menyusahkan Sha. Cuma Zana bagitahu yang dia sayang pada Sha.

Umairah jumpa cikgu sekolah Sha dan minta bantuan supaya Sha tidak dipinggirkan. Cikgu Saleha yang banyak bantu Sha. Melihat kesungguhan ibunya dan Cikgu Zaleha membuatkan sedikit demi sedikit Sha mula kuat dan menerima kenyataan tentang apa yang berlaku pada dirinya. Sha bangkit kembali melawan penyakit dan hidup seperti tiada apa yang berlaku.

Namun adakah Sha berjaya melawan penyakitnya itu? Mampukah dia berdepan dengan kenyataan bahawa seumur hidup dirinya akan dipinggirkan? Saksikan kesudahannya menerusi drama hebat, Hati Yang Terpinggir mengisi slot Panggung 1 hanya di TV1.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Inggeris Hebat Raikan Hari Pekerja

Sunsilk Umum Kolaborasi Bersama MODA