in , , , ,

Gambar Pelakon di Majlis Doa Selamat Pengambaran Filem CONGKAK Arahan Pierre Andre

Bertempat di Pejabat MIG tanggal 18 Jun 2007 lalu, berlangsung Majlis Doa Selamat Pengambaran Filem ke 24 terbitan Metrowealth berjudul Congkak.

Dihadiri oleh beberapa orang pelakon utama dan pengarah serta krew penerbitan, majlis ini pada saya sebagai satu pemangkin untuk menyalakan obor semangat kepada kejayaan karya terbaru Pierre Andre ini.

Semenjak kejayaan besar filem Jangan Pandang Belakang, nampaknya Pierre Andre semakin giat bekerja dan diberikan kepercayaan merealisasikan impian MIG. Terima kasih MIG kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti.

Semoga filem Congkak yang sedang dalam pembikinan ini akan selamat dan sempurna menjalani pengambaran. Untuk pengetahuan pembaca, filem Congkak ialah sebuah filem seram. Bayangkan malam-malam buta ada orang main congkak di ruang tamu rumah anda… seram tak? Hehe, Mak Mah dan Nanu Baharudin pun ada berlakon sama. Fasha Sandha je yang takde… Mesti meletops ni, kan? Adakah filem ini sehebat Jangan Pandang Belakang atau lebih dahsyat daripada itu? Sama-sama kita tunggu.

Antara foto-foto di Majlis Doa Selamat Pengambaran Filem Congkak:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOH SALLEH

Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood

Sinopsis Filem CONGKAK Lakonan Julia Ziegler