in , , ,

Fasha Lakon Adegan ‘Panas’ Dengan Afieq Shazwan Tak Kisah Kata Netizen

Pelakon, Fasha Sandha didakwa ada melakonkan adegan ‘panas’ dengan Afieq Shazwan dalam drama terbaru, Rampas Cintaku 2

Menurut laporan mStar, Fasha bagaimanapun sudah bersedia dengan kecaman yang bakal dilontarkan netizen dan berkata apa dilakukannya itu hanya untuk sebagai menjayakan watak, skrip serta arahan pengarah.

“Terpulang kepada mereka, saya hanya mencorakkan skrip itu. Kita hanya buat kerja kita. Saya percaya kita buat sesuatu sebab diri sendiri dan bukannya orang lain.

Kalau buat kerana orang lain, kita tidak akan kekal. Jadilah diri sendiri. Ini adalah kerjaya saya sejak usia 18 tahun”.

“Saya seronok dan hanya mampu berharap penonton pandang dari sisi lain. Kalau nak pandang sisi berani Fasha Sandha, terpulang.”

Fasha juga tidak kisah dengan kecaman netizen dan dia tidak akan berhenti daripada berlakon sebab itulah kerjaya yang dirinya cintai.

Bahkan pelakon itu juga percaya yang apa yang dihasilkan dalam setiap naskah itu ada mesej dan pengajaran kepada penonton supaya dapat dijadikan tauladan.

Ambil pengajaran daripada jalan cerita Rampas Cintaku 2. Kita jangan pandang satu sisi sahaja, pandang sisi lain juga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bercinta Dengan Pereka Fesyen, Siti Saleha Ada Sebab Belum Sedia Kahwin

KHAI BAHAR

Khai Bahar Maafkan Individu Yang Buat Fitnah & Tuduhan Liar