in , , ,

Filem JANGAN PANDANG BELAKANG Catat Sejarah

Ini berita yang baru saya terima kiriman email daripada Metrowealth. Terima kasih Azahari! Korang bacalah ya!

Setelah mencatat sejarah tersendiri sejak pembukaan 5 April lalu, Jangan Pandang Belakang (JPB) telah merentas Selat Tebrau untuk mencatat sejarah manis buat Metrowealth dan dunia perfileman Malaysia. Jika sebelum ini filem-filem Malaysia ditayangkan di Kota Singa itu hanya terbatas kepada 3 buah pawagam sahaja, JPB atas permintaan pengedar dan pihak pawagam telah mengesahkan 13 buah pawagam seluruh Singapura akan menayangkannya serentak bermula 3 Mei 2007. Ini merupakan pembukaan terbesar filem Malaysia di republik tersebut, sebuah negara maju yang mula mengiktiraf filem Malaysia.

Rombongan dari Metrowealth terdiri daripada David Teo (Penerbit), Ahmad Idham (pengarah) dan Pierre Andre (pelakon) yang telah menemui pihak media Singapura pada 20 April lalu amat terkejut dengan sambutan dan perhatian yang diberikan terhadap filem ini.

Tidak menyangka sambutan sehebat ini, En. David Teo selaku penerbit dan pengedar JPB menyifatkan perkara ini sebagai satu kejayaan luar biasa buat industri perfileman Malaysia. Segala usaha promosi akan dijalankan bagi memastikan JPB mendapat sambutan di sana termasuk menyertakan sarikata 2 bahasa utama iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.   

Bukan setakat di Singapura, JPB telah berjaya menarik perhatian pengedar-pengedar antarbangsa yang lain tetapi masih diperingkat perbincangan. Antara negara yang telah menyatakan minat adalah Thailand, India, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.

Jangan Pandang Belakang, filem pertama di Malaysia menerima amaran daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri menasihatkan kepada ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung agar tidak menonton filem ini.

Jangan Pandang Belakang juga adalah filem seram pertama yang dikategorikan dengan label U (13PG) di mana kanak-kanak di bawah usia 13 tahun agar mendapat bimbingan orang dewasa semasa menonton filem ini.

JPB telah mencatat kutipan tertinggi di hari pembukaan dengan kutipan sebanyak RM410,000. Penayangan melalui 55 salinan (print) di 51 lokasi untuk  2 minggu, Jangan Pandang Belakang telah mengutip RM 5 juta.

Satu pencapaian yang amat di luar jangkaan dan jika sokongan padu berterusan diberi pihak media dan penonton, sasaran RM 7 juta sehingga tamat tempoh tayangannya akan menjadi kenyataan. Ini akan menjadi angka tertinggi dalam sejarah.

Peminat filem seram seluruh Singapura akan dapat saksikan Jangan Pandang Belakang pada 3 MEI 2007 nanti. Dianggap sebagai filem Malaysia paling besar pembukaan di Singapura dengan sarikata bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin, diharapkan Jangan Pandang Belakang mampu mencatatkan satu lagi sejarah tersendiri di negara orang.

Sekalung tahniah daripada Sensasi Selebriti! Kepada orang Singapura, jangan lupa bawa jaket atau selimut untuk tutup mata… ini petua daripada Mazen… penakut betul budak itu! Over tau sampai bawak selimut masuk panggung!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawi | 15

Situ Sana Sini: Mawi, Dekna, AIM14 & Aswad FC

Aznil | 16

Rizal Tersingkir dari Akademi Fantasia dan Gimik Yang Sarat Yang Merimaskan