in

Eja, Arash mohd Drama Hijab di Kalbu

Cerekarama: Hijab Di Kalbu, 7 Ogos, Sabtu, jam 10.00malam

Iskandar dan Azizah adalah pasangan suami isteri yang bahagia dan berjaya di dalam karier masing-masing. Iskandar merupakan pengusaha restoran makanan Thai dan mereka mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang. Azizah pula mempunyai perniagaan aksesori wanitanya sendiri.

Kedua-dua pasangan ini tersangat taksub dengan kuasa mistik seperti tangkal, pelaris perniagaan & pendinding. Salah satu pelanggan tetap perniagaan mereka adalah sebuah agensi pelancongan umrah & ziarah.

Pemilik agensi tersebut, Haji Abdullah menawarkan agar keluarga ini mengikuti umrah dan ziarah 10 hari. Setelah berbincang sekeluarga, Iskandar & Azizah bersetuju untuk menunaikan umrah. Mereka berasa terhutang budi dengan agensi ini yang telah memberi sokongan padu semenjak mereka memulakan perniagaan restoran tersebut 7 tahun dahulu.

Iskandar dan Azizah telah bersepakat untuk berlakon sahaja melakukan ibadat kerana mereka belum bersedia untuk melepaskan amalan syirik mereka dan mereka sememangnya jahil dalam hal amal ibadat termasuklah perkara fardu sepertij janabah, puasa dan solat.

Mereka pergi dengan niat hendak membeli belah, mendapatkan batu pelaris, aksesori perhiasan wanita dan juga mengintai peluang perniagaan baru. Pada hari yang dijadualkan untuk ke Mekah, satu kejadian aneh telah menimpa kedua mereka.

Apakah ujian yang perlu Iskandar dan Azizah lalui? Mampukah pasangan suami isteri ini bangkit bertaubat dan berazam tidak akan membiarkan lagi amalan syirik menutup hijab di kalbu mereka sebelum ianya terlambat?

Pelakon: Siti Shahrizah (Eja), Arash Mohd, Mubarak Majid, Wan Maimunah

Pengarah: Feroz Kader

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Filem INCEPTION

SHOUT! Awards New Nomination