in ,

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Filem INCEPTION

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem INCEPTION bersama pembaca Budiey.com? Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – INCEPTION.

PERCUMA! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

INCEPTION adalah filem aksi hebat lakonan Leonardo Dicaprio, Ken Watanabe dan ramai lagi.

inception poster

SINOPSIS FILEM:

PERTEMBUNGAN antara mimpi dan realiti lalu membentuk satu pasukan konspirasi elit yang akhirnya memakan diri adalah sinopsis ringkas cuba diterjemahkan Christopher Nolan melalui filem berskala besar arahan ketiganya selepas Momento dan The Dark Knight dilihat sebagai satu gaya persembahan yang menggabungkan aksi filem The Matrix di mana manusia dikawal melalui mimpi; Ocean 12 (penubuhan pasukan pencuri profesional) dan 2012 (keadaan dunia akhir zaman imaginasi manusia) yang sarat dengan sentuhan imej hasilan komputer (CGI).

Dengan tarikan barisan pelakon besar yang pernah mendapat pengiktirafan di anugerah Academy dan Oscar, filem ini mengisahkan gabungan mantap sepasukan pencuri yang menggunakan mimpi sebagai medium mengorek maklumat penting daripada mangsa mereka.

Konsep filem ini kompleks, di mana sepasukan pencuri diketuai Dom Cobb (Leonardo Dicaprio) mengembara ke dalam mimpi dan minda untuk mengekstrak rahsia paling dalam daripada minda separuh sedar manusia.

Tarikh: Hari Ahad ini, 8 Ogos 2010, Jam 12.00 tengahari.

Waktu Tayangan: 12.30 tengahari

Tempat: Pawagam GSC, Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kategori: PG13

Runtime: 1 jam 51 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Siapa cepat dia dapat!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!

Tonton trailer filem ini:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010

Eja, Arash mohd Drama Hijab di Kalbu