in

ANAK BAPAK Isi Slot Teater Legenda

Slot Teater Legenda di TV2 memang sudah sinonim dengan filem-filem seniman hebat tanah air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Justeru itu, Radio Televisyen Malaysia membawakan sebuah lagi filem menarik “Anak Bapak”, bersiaran pada 19 Mac ini, pukul 9.30 malam.

Turut membawakan barisan pelakon legenda seperti A.R. Tompel, Ibrahim Din, Roseyatimah, Ruminah Sidek dan Noran Nordin. Mengisahkan Harun seorang pengurus ladang yang suka berfoya-foya sehingga menyebabkan dia banyak berhutang antaranya dengan Norma, seorang penyanyi kelab malam yang tamakkan duit Harun.

Apabila menyedari yang duit simpanannya semakin habis, Harun telah menipu bapanya Dato’ Mahfiz mengatakan dia ingin berkahwin dan memerlukan wang. Dato’ Mahfiz yang tinggal berjauhan dengan Harun tanpa sebarang ragu mengirim wang berjumlah 5000 ringgit. Selain membayar segala hutangnya Harun juga menggunakan wang pemberian bapanya itu untuk membantu pekerja ladangnya yang menghadapi masalah kewangan.

Konflik timbul apabila Dato’ Mahfiz datang melawat Harun dan isterinya sedangkan Harun masih belum berkahwin. Harun takut tembelangnya pecah lalu berpakat dengan Salleh, pemandunya. Dia ingin meminjam Edah, isteri Salleh untuk menjadi isteri olok-oloknya. Norma yang tahu cerita sebenar mengugut akan membocorkan rahsia ini kepada Dato’ Mahfiz dan meminta sejumlah bayaran untuk menutup mulut. Harun dengan segera memberikan cek tanpa Norma ketahui cek itu adalah cek tendang.

Dalam masa yang sama Harun telah menaruh hati kepada jururawat yang menjaga bapanya iaitu Halimah. Mereka saling mencintai dan telah berkahwin secara senyap tanpa diketahui oleh bapanya. Akhirnya tembelang Harub pecah apabila Norma datang berjumpa dengan Dato’ Mahfiz mengadu tentang cek tendang yang diberikan oleh Harun konon untuk menutup mulutnya.

Akhir cerita Harun didapati tidak bersalah dan yang bersalah dalam hal ni adalah Norma kerana ingin memburuk-burukkan keluarga Harun. Oleh itu dia dihukum kawin dengan Dato’ Mahfiz.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kasih Ibu Muda Dalam Drama JANGAN AMBIL ANAK AKU

Sinopsis Telemovie CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG