in ,

Sinopsis Telemovie CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG

Mempunyai deria keenam mungkin satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh tuhan. Namun tidak semua mampu untuk membiasakan diri dan hidup di atas paras normal berbanding manusia biasa.

Menerusi slot Panggung Seri, saksikan telemovie bertajuk “Cahaya Di Hujung Terowong” pada 17 Mac ini, pukul 9.00 malam di saluran TV1. Kisah garapan pengarah hebat Along Kamaludin ini menonjolkan watak Kahar, seorang penulis buku yang hidupnya menjadi kacau-bilau dek kerana mempunyai deria keenam.

Pengarah, Along Kamaludin Bersama Adik Duerra Mitilda, Maryam

Rumahtangganya yang dibina bersama Safiya runtuh lantaran keadaan Zahar yang tidak dapat mengatasi igauan ngerinya. Anak-anak mereka Suhaili dan Zafran tinggal bersama Safiya. Setiap hujung minggu mereka akan bersama Zahar yang tinggal di apartmen di pinggir bandar.

Deria keenamnya menyebabkan dia selalu melihat seorang budak perempuan yang telah meninggal dunia berjalan di dalam dan di luar rumahnya. Budak itu juga kerap muncul dalam mimpinya. Bukan itu sahaja, Zahar juga pernah terbayangkan Pak Daud, tauke restoran kenalannya mati dibunuh oleh perompak lalu menyuruh Pak Daud menutup restorannya lebih awal. Pada malam tersebut didapati kedai di sebelah restoran Pak Daud dirompak dan juruwangnya telah dibunuh.

Zahar dapat rasakan bahawa pembunuh budak perempuan yang selalu dijumpai itu mahu membunuh anak-anaknya. Dia mengesyaki Bahrin, teman lelaki Safiya. Dia mengekori Bahrin ke rumah yang sedang dalam pembinaan dan berlaku pergaduhan antara mereka. Polis datang meleraikan pergaduhan mereka.

Akibat dari insiden itu, maka terungkailah segala teka-teki dan misteri hidup Kahar. Saksikan kesudahan telemovie yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Amar Asyraf, Jasmine Ashraf, Dazrin Kamarudin dan adik Duerra Mitilda ini di TV1.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Adik Duerra Mitilda Sebagai Maryam

Babak Dalam Cahaya Di Hujung Terowong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ANAK BAPAK Isi Slot Teater Legenda

Tiada Yang Mustahil Dalam Dokumentari IMPOSSIBLE ENGINEERING