Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Amylea Tersingkir Dari One In A Million



Konsert One In A Million semalam telah menyingkirkan Amylea. Sesuatu yang mengejutkan kerana Amylea antara yang mendapat sanjungan juri. Apa boleh buat, semua atas kehendak penonton. Dan ternyata ramai penonton agak terkejut semasa keputusan diumumkan oleh pengacara, Awal Ashaari dan Marion Caunter.

Menurut Amylea, dia berasa terkejut berbaur terkilan kerana tidak dapat mempersembahkan `konsert’ khas kepada saudara-mara, kenalan dan para penyokongnya.

“Saya tidak akan berasa begini jika keputusan ini diketahui di akhir persembahan saya,” katanya dalam nada sebak.

Untuk minggu kesembilan OIAM, tema pertandingan ialah “In Concert” yang membenarkan para peserta OIAM merencanakan konsertnya sendiri. Amylea sepatutnya mendendangkan adunan tiga lagu Yesterday Once More nyanyian Carpenters, Fallin’ (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).

Bagaimanapun, Amylea dibenarkan melakukan persembahan terakhirnya hanya menerusi lagu I’m Yours oleh penyanyi antarabangsa terkenal, Jason Mraz. Keputusan malam tadi adalah berdasarkan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas imuniti ditarik balik pada minggu ketujuh.

Selepas Amylea tersingkir, empat peserta meneruskan saki-baki perjuangan masing-masing dalam OIAM. Esther merupakan satu-satunya peserta wanita dalam kalangan peserta lelaki.

Tiga peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok, Aweera dan Nine.

Semoga Amylea terus sukses selepas ini.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Showcase Pra Dengar Album Terbaru Amylea Masuk PERCUMA
  • Simon Tersingkir Dari One In A Million
  • Rizu Tersingkir Dari One In A Million
  • Gossip Amylea Azizan Sentap Dengan Aziz Desa
  • Lirik Lagu AKAN TIBA Alif OIAM Ciptaan Amylea AF
  • Amylea & Isma Yusoof… ada apa-apa ke?
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Oprah Winfrey Is One Rich TV Star
  • Anith Tersingkir Dari One In A Million
  • Ayu Tersingkir & Senarai Lagu Minggu Ke-3 OIAM



  • 7 Komen untuk entri “Amylea Tersingkir Dari One In A Million”

    1. aten_zone kata:

      alamak, kenapa dia tersingkir..
      dahlah xtgk persembahan die last week..
      huhu, sedihnya..
      tapi xpe, aten slalu sokong kamu..

      love ur performance since AF3..
      =)

    2. yunie kata:

      sayang sungguh………..tersingkir..nak tgk dia msk akhir

    3. Nuranie kata:

      dah bukan rezeki utk dia,nak buat macam mana..terima aje la..

    4. sayang salmah kata:

      huhu…nasib la…nk wat mcm mana…dh xde rezeki

    5. Obefiend kata:

      and aweera still in there?

      WTF?

    6. june kata:

      tomok menang lah gaknya..budak pompuan suka naa…

    7. mimiy kata:

      simpati la kat dia ni dari AF lg,nape org suka pilih rupa ek,dia bgus apa tapi i rasa aura dia kurang…
      tapi tomok memang transform…dah tkda meleret leret dah nyanyi…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK