Selepas penilaian selama 3 bulan, mulai 20 April 2009 (Isnin) ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) melakukan perubahan waktu meliputi slot berita utama [email protected] (Bahasa Melayu) yang kembali bersiaran jam 8.00 malam setelah dipinda sejak 1 Januari 2009 lalu kepada jam 9.00 malam. Malah bermula Isnin ini juga siaran [email protected] (Bahasa Melayu) bertambah dari setengah jam kepada satu jam pada hari Isnin hingga Sabtu jam 8.00 malam. Manakala setiap hari Ahad pula akan bersiaran jam 8.00 hingga 8.30 malam. Malah siaran [email protected] juga ditambah setiap hari Isnin hingga Ahad jam 12.00 malam hingga 12.30 tengah malam.
Penukaran waktu itu turut meliputi berita [email protected] (Mandarin), [email protected] (Tamil) dan [email protected] (Inggeris) yang disiarkan jam 7.30 malam (Tamil), jam 8.00 malam (Mandarin) dan 12.00 malam (Inggeris).
Berita [email protected] (Bahasa Melayu) dikekalkan siarannya menerusi TV1 sementara siaran berita [email protected] (Mandarin), [email protected] (Tamil) dan [email protected] (Inggeris) pula disiarkan di TV2. Siaran tiga bahasa ini akan disiarkan saluran TV2 iaitu bermula dengan [email protected] (Tamil) jam 6.00 hingga 6.30 petang, [email protected] (Mandarin) jam 6.30 hingga 7.00 petang dan [email protected] (Inggeris) disiarkan jam 8.00 hingga 8.30 malam.
Justeru perubahan waktu yang berlaku turut menyebabkan siaran berita [email protected] kini akan bersiaran jam 6.00 hingga 6.30 petang setiap hari Isnin hingga Ahad di TV1.
Manakala berita Warta Serumpun melibatkan berita-berita terkini dari Malaysia dan Indonesia yang sebelum ini disiarkan setiap hari Ahad akan dipercepatkan siarannya dari jam 10.30 malam kepada jam 8.30 malam selama setengah jam.
Namun waktu siaran berita [email protected] dikekalkan seperti sebelumnya jam 11.05 malam cuma ditambah waktu bersiaran iaitu daripada setengah jam kepada satu jam setiap hari Ahad.
Malah mulai 20 April 2009 juga RTM menambahkan slot Berita Luar Negara (MSNBC) yang akan disiarkan kepada penonton setiap hari Isnin hingga Ahad jam 4.31 hingga 5.00 pagi istimewa kepada penonton-penonton yang mahu mengikuti berita-berita terkini luar negara.