in

American Idol Musim Ke 11

PROGRAM REALITI TERHANGAT KEMBALI!
AMERICAN IDOL ‘MUSIM KE-11’
DI SALURAN HIP 8TV!

Tarikh siaran: 20 Januari 2012
Hari: Jumaat & Sabtu
Masa: Jumaat, 10.00 malam & Sabtu, 10.30 malam
Episod: 40
Bahasa: Inggeris

AMERICAN IDOL merupakan rancangan realiti nyanyian paling popular yang sentiasa mendapat sambutan hebat dari penonton. Rancangan ini sentiasa dinanti-nantikan rakyat Amerika kerana masing-masing ingin mencuba nasib menjadi penyanyi terunggul. Kini masuk musim ke-11 AMERICAN IDOL bersiaran dan yang pasti musim ini menjanjikan lebih banyak bakat-bakat hebat dan lebih menghiburkan dari tahun-tahun sebelumnya.

AMERICAN IDOL: AMERICAN IDOL: Thousands jam Reliant Stadium in Houston, Texas for a chance to become the next AMERICAN IDOL on Friday August 26, 2011. CR: Aaron M. Sprecher / FOX Aaron M. Sprecher/FOX
AMERICAN IDOL musim ke-11 akan mula disiarkan di 8TV bermula 20 Januari 2012. Program realiti hebat ini akan menemui penonton setiap Jumaat jam 10.00 malam dan setiap Sabtu jam 10.30 malam. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan sesi ujibakat AMERICAN IDOL yang pasti menyelitkan aksi-aksi lucu peserta yang datang dengan pelbagai ragam. Tidak ketinggalan peserta-peserta yang mempunyai vokal luar biasa yang mampu memukau mata juri.

Musim lepas AMERICAN IDOL Berjaya mendapat ‘rating’ tertinggi dengan beberapa pembaharuan yang dilakukan termasuk kehadiran muka-muka baru di kerusi juri. Musim ini, AMERICAN IDOL masih mengekalkan bintang terkenal Jennifer Lopez, vokalis band lagenda Aerosmith; Steven Tyler dan pemenang Grammy Awards; Randy Jackson sebagai juri.

Pengacara popular Ryan Seacrest masih mengekalkan kedudukan beliau sebagai pengacara rancangan popular ini. Sebelas tahun sebagai pengantara antara penonton dan peserta, Ryan ternyata mempunyai aura tersendiri dalam mengacarakan program ini.

Ikuti perjalanan peserta-peserta AMERICAN IDOL musim ke-11 ini dan saksikan kelahiran seorang lagi bintang berbakat pujaan anda. 8TV sekali lagi bakal menyerikan hujung minggu anda dengan rancangan popular yang cukup menghiburkan ini. Tandakan kalendar anda kerana musim ke-11 AMERICAN IDOL akan mula bersiaran 20 Januari 2012 ini secara PERCUMA hanya di saluran hip 8TV!

“American Idol sememangnya rancangan realiti yang sering dinanti-nantikan khalayak. Program ini terlah melahirkan bintang-bintang popular yang memukau khalayak dengan kehebatan bokal masing-masing. 8TV dengan bangganya mempersembahan musim ke-11 AMERICAN IDOL khasi untuk penonton setia kami.” Ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan kegemaran anda secara percuma hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program 8TV di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

AMERICAN IDOL: AMERICAN IDOL: Thousands jam Reliant Stadium in Houston, Texas for a chance to become the next AMERICAN IDOL on Friday August 26, 2011. CR: Aaron M. Sprecher / FOX

AMERICAN IDOL: L-R: Steven Tyler, Jennifer Lopez, Randy Jackson and Ryan Seacrest answer questions from the press on the set of AMERICAN IDOL Thursday, Oct. 6 in Aspen, CO. AMERICAN IDOL returns for ithe 11'th season on FOX. CR: Michael Becker / FOX.

RHQ5MB~V

image004

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Another Branding Recognition For Tune Hotels

Peraduan Menangi Tiket Anugerah Juara Lagu 26