in

Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti

Salam Sabtu buat semua pembaca budiey.com, seperti yang sedia maklum, pada malam ini akan berlangsung Malam Gala SimplySiti di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Kepada pembaca yang join, jangan lupa memakai baju tema berwarna HITAM dan EMAS. Hehe, jangan korang pakai baju KUNING pula, nanti tak dibenarkan masuk. Hehe, acah je la.

siti nurhaliza

Dikhabarkan, Dato’ Siti Nurhaliza dan beberapa orang artis ternama seperti Aizat Amdan, Ana Raffali dan Amy Search akan menghiburkan hadirin pada petang ini. Faizal Ismail dari Hot FM akan jadi hos & mengendalikan Malam Gala SimplySiti malam ni. Sesuatu yang menarik turut akan berlangsung pada malam ini dan Budiey rasa bertuah kerana SimplySiti turut sama menjemput Budiey menyaksikan kejutan malam ini.

Sempena malam gala itu juga SimplySiti turut mengadakan satu karnival dari jam 10 pagi hingga 11 malam di luar lokasi dari 8 dan 9 Julai.

Pejam celik-pejam celik, SimplySiti kini telah setahun berada di pasaran. Wah, cepatnya masa berlalu. Jadi, sebagai tanda penghargaan kepada para penggunanya, kempen mengumpulkan Wajah-Wajah SimplySiti telahpun berlangsung bermula sejak dari Januari lepas, di mana ramai yang telah menyokongnya dengan menghantar gambar-gambar mereka melalui Facebook ataupun emel, dan turut menyertai Roadshow SimplySiti di seluruh negara. Majlis malam gala ini akan dihadiri juga dengan peminat dan pemenang penyanyi popular ini.

Tibalah kemuncaknya di mana SimplySiti akan turut meraikan mereka, para pengguna setia yang terpilih serta pihak-pihak lain yang telah banyak membantu SimplySiti seperti rakan-rakan media dan rakan-rakan kongsi perniagaannya dengan mengadakan sebuah Majlis Malam Gala Simplysiti.

Malam Gala SimplySiti ini menjadi lebih istimewa dengan kerana ia akan turut menyaksikan suatu kolaborasi unik di antara SimplySiti dan sebuah institusi pengajian tinggi yang ulung tanahair kita. Buat julung-julung kalinya, Dato’ Siti Nurhaliza bersama-sama dengan beberapa lagi artis ternama tempatan bakal menghiburkan para tetamunya pada malam itu nanti.

Tetamu Kehormat :
Y. Bhg. Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UITM, Y.Bhg Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti dan Y.Bhg Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Selamat ulangtahun pertama SIMPLYSITI. Tahniah buat semua warga kerja, staff dan juga peminat yang menjayakannya. Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga SimplySiti terus berkembang maju untuk tahun yang mendatang.

MAHU PASS MASUK KE MALAM GALA SIMPLYSITI?
Budiey dengan ini ingin mengajak 10 orang pembaca ke Malam Gala SimplySiti. Untuk itu, kepada korang yang nak datang, sila tweet:

@budiey, saya mahu ke Malam Gala SimplySiti kerana…

Antara yang terawal akan dihubungi Budiey.

Terima kasih. See you malam ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tun Dr. Mahathir flies on AirAsia X Today

Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru SimplySiti Vogue Edition