in , ,

Hantaran Siti Nurhaliza Tentang Ujian Terbesar Isteri Buat Peminat Risau

Hantaran penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram Story menuai pelbagai persoalan dan andaian daripada netizen mengenai hubungan rumah tangganya dengan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza tiba-tiba jadi perhatian sekali lagi selepas perkongsiannya di Instagram Story menimbulkan kerisauan di kalangan peminat.

Difahamkan, hantaran itu menyentuh tentang layanan seorang suami kepada isteri, alasan mengapa suami tidak boleh membentak isteri dan ujian terbesar isteri.

Perkongsian Datuk Siti itu bagaimanapun telah dipadam dan ini membuatkan lebih banyak persoalan yang timbul.

Hantaran-hantaran itu seterusnya menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen terutamanya di platform media sosial X.

“Itulah. Tapi dia pun dah padam hantaran itu. Mungkin ada orang yang dia kenal sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga. Jadi dia berkongsi hal itu. Semoga baik-baik sahaja untuk Siti Nurhaliza sekeluarga,” tulis satu netizen.
“Selama kenal Siti Nurhaliza ini dari zaman tak ada media sosial sampai ada, hal-hal peribadi atau masalah tak pernah nampak pun dia kongsi sesuka hati.
“Nasib baik kita tak speku (spekulasi) apa-apa. Kekal tenang kalian. Insya-Allah semua baik-baik sahaja. Amin,”

– pengguna X.

Apapun, netizen tetap mendoakan yang terbaik buat Datuk Siti dan semoga semuanya baik-baik sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FINAS Laksana Kontrak Standard Demi Lindungi Penggiat Seni

Bayaran Tertunggak, Kontrak Pun Belum Sign, Takkan Nak Kerja Percuma!