in ,

Advertorial: Jom Fu-Yoh Di DiGi Street Blast

Jom ke DiGi di Fu-Yoh Street Blast!
Korang tak tahu apa nak buat pada cuti hujung minggu? Jom! Apa kata korang remaja-remaja kat luar sana beramai-ramai join DiGi di Fu-Yoh Street Blast. Kalau korang nak tahu, DiGi di Fu-Yoh Street Blast ni memang karnival paling gempak, paling sempoi dan paling happening di Malaysia! Bagi korang semua yang sudah pun join, tentu kali ini korang takkan lepaskan peluang keemasan ini.
 
Nah! Kali ini, DiGi Fu-Yoh Street Blast akan diadakan pada 24 November 2007 mulai jam 12 tengah hari di Taman Tasik Titiwangsa. Bukan setakat dapat melawat gerai pameran, korang juga akan dihiburkan dengan show daripada artis terkemuka dari Indonesia seperti Letto yang tengah HOT dan MELETOP dengan lagu Sandaran Hati dan Ruang Rindu! Selain Letto, Gerhana Ska Cinta, Joe Flizzow dan Sierra. Mesti gempak habis, beb! Bagi korang yang minat dengan Malaysian Indie Band seperti Raw n G$, Mono lo-fi minimal, Tnoze/sash, Hujan, Debunga dan Mines Mayor… Haaa… ini masa yang sesuai untuk lepak-lepak dan layan dengar muzik daripada diorang!
 
Dan yang paling penting, untuk kemuncak segala karnival, jangan lupa untuk buat temujanji dan tick kalendar korang untuk menghadiri Fu-Yoh Street Blast DiGi KL Final yang akan diadakan pada 24 November 2007 nanti. Rasanya, Fu-Yoh Street Blast DiGi KL Final akan lebih gempak sebab korang akan saksikan perlawanan akhir dan persembahan yang lebih gempak lagi! Kalau boleh tanda dalam diari supaya korang tak lupa!
 
Antara pertandingan akhir yang akan diadakan di KL Finals nanti ialah: 

  1. Perlawanan Basketball pada 7-9 September 2007 antara universiti seluruh Malaysia. Juara setiap kawasan akan memenangi set jersey dan akan bertanding di KL Finals untuk merebut hadiah utama RM1,500 dan hadiah naib johan RM1,000 dan tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM500! Banyak tu!
  2. B-boy Dance Challenge (10 September – 31 Oktober 2007)
    Sebanyak 8 pasukan akan berentap di pusingan final. Mungkin pasukan korang akan menjuarainya dengan membawa pulang hadiah utama iaitu RM2,000 + 6 buah telefon bimbit Nokia 5610 XpressMusic serta berpeluang mengadakan persembahan di luar negara! Untuk hadiah kedua, pemenang akan membawa pulang 6 buah telefon bimbit Nokia 5700 XpressMusic.Tempat ketiga pula akan dihadiahkan 6 buah telefon bimbit Nokia 5300 XpressMusic! Memang lumayan, kan?
  3. Pertandingan Mencari Pereka Fesyen Muda Rekaan Paling Funky!
    Setiap finalis akan menerima RM1,000 untuk mencipta dan mencipta fesyen rekaan mereka. Juara akan menerima RM2,000 + Nokia 7900 Prism + pengalaman bekerja bersama pereka fesyen tempatan dan antarabangsa. Selebihnya, hadiah saguhati akan mendapat telefon bimbit Nokia 7900 Prism. WOW! Hebatkan?

Untuk korang yang boring dan tak tahu nak buat apa kat rumah? Hah! DiGi Fu-Yoh Street Blast pasti buat hidup korang semua tidak lagi bosan. Banyak sekali aktiviti menarik yang korang akan temui di Fu-Yoh Street Blast seperti pada korang yang berminat dengan sukan X-Games iaitu BMX, Inline Skates dan Skate Boarding. Masa ni lah korang nak belajar dan bertukar-tukar fikiran. Bagi yang suka dengan tarian pula, hah ini masanya untuk anda tunjuk bakat dan belajar dengan tarian seperti Breakdance, Shuffle, Freestyle dan Capoieera Workshops. Selain itu juga korang boleh belajar macam-macam seni dan kraftangan termasuklah grafitti dan pelbagai teknik penggunaan seni yang lebih funky! Fu-yoh! Hebat tuuu!
 
Bukan itu sahaja, kalau korang tak minat nak join, korang boleh saje datang-datang tengok persembahan pentas yang havoc dan gempak giler. Alang-alang korang datang tu, jangan lupa bawa kawan-kawan dan member-member lain. Memang waktu camni lah masa yang sesuai untuk korang berhibur dan lepaskan tension korang. Macam-macam show akan ditunjukkan kepada korang nanti termasuklah persembahan daripada artis tempatan, penampilan istimewa daripada finalis DiGi Celebriteens, band daripada pelajar Kolej dan Universiti, dance show daripada Dance Champion, Da Yellow Coverage Fellow dan macam-macam lagi!
 
Cakap banyak pun tak guna, kalau korang tak pergi. Memang rugi kalau tak join DiGi di Fu-Yoh Street Blast! Untuk masa ini, apa kata, jom layari http://www.digi.com.my/fu-yoh untuk info yang lebih detail lagi.
 
Jumpa korang di saaannnnaaaaa…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Deejay Radio Hot FM Faizal Ismail FBI Bela Jin?

Fauzi Nawawi, Pelakon Orang Minyak Pergi Kelab Dangdut?