in

Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7

Pada 17 September 2011 lalu, pelakon popular Aaron Aziz telah dilantik sebagai duta produk minum bertenaga jenama Drive M7 keluaran M7 Co. Ltd. Tahniah Budiey ucapkan kepada Aaron Aziz.

Pihak penganjur begitu yakin dengan Aaron Aziz kerana beliau mempunyai peminat yang ramai dan sangat terkenal dengan lakonan watak lasak dalam filem dan ini dapat memainkan peranan yang berkesan untuk memperkenalkan dan memperluaskan minuman Drive M7 ke pasaran.

Aaron juga dilantik sebagai duta produk kumpulan Mutiara Motors dan berharap kerjasama yang dijalinkan akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Pengeluar Drive M7 dikenali di dalam industri automotif terutamanya di segmen alat ganti kenderaan berprestasi tinggi. M7 juga bergiat aktif di dalam sukan perlumbaan kereta di Japan Super GT, Japan D1 Drift, Drag Battle di Malaysia serta aktiviti sukan lasak yang lain.

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

























Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Bunga April Lakonan Shahz Jaszle

Filem Bunohan Menang Anugerah NETPAC di Taipei