in

10 FILEM HEBAT TAYANGAN TV2 SEMPENA AIDILFITRI

Tayangan filem-filem umpama satu kewajiban bagi setiap stesen televisyen terutama ketika meraikan apa sahaja sambutan perayaan. Malah pendekatan ini dilihat umpama satu bonus buat penonton yang berpeluang menyaksikan filem-filem yang belum berkesempatan ditonton sebelum ini.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Dunia Ria, TV2 tidak ketinggalan turut sama berkongsi kemeriahan Aidilfitri ini dengan menjanjikan tayangan 10 filem hebat khas buat tontonan setia salurannya.

Filem-filem tersebut adalah Los Dan Faun (10 September 2010, jam 2.30 petang), Qabil Khushry Qabil Igam (10 September 2010, jam 9.30 malam), Spiderman (11 September 2010, jam 10.30 malam), Independence Day (10 September 2010, jam 11.30 malam), Zombie Kampung Pisang (11 September 2010, 8.30 malam), Gong (12 September 2010, jam 8.30 malam), Spiderman 2 (12 September 2010, jam 10.30 malam), Tiga Abdul (13 September 2010, jam 10.00 malam), Waris Jari Hantu (14 September 2010, jam 11.00 malam) dan Hollow Man II (15 September 2010, jam 10.30 malam).

Qabil

Bermula dengan filem Los Dan Faun mengenai dua orang budak kampung iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman. Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat.

Namun kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran dimana perniagaan mereka begitu maju.

Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan?

Saksikan juga filem Qabil Khushry Qabil Igam lakonan hebat menggandingkan Erra Fazira, Ziana Zain, Hans Isaac dan Rusdi Ramli sekitar tahun 2007 berkongsi kisah cinta dua adik beradik bernama Qabil Khusry dan Qabil Igam. Qabil Khusry amat sayang kepada adiknya semenjak adiknya berada dalam kandungan ibunya lagi.

Ketika dewasa, Rani jatuh cinta kepada Khusry manakala adiknya, Karisma memuja Igam walaupun pada mulanya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam.
Kepada peminat siri adiwira pula usah ketinggalan menyaksikan sekual filem hebat, Spiderman pula Peter Parker, seorang pelajar sekolah yang telah digigit oleh seekor labah-labah yang diubah secara genetik.

Namun dia telah menyalahgunakan kebolehan barunya hingga menyebabkan kematian pak ciknya. Dia kemudiannya menjadi wira digelar Spiderman. Menyusul kemudiannya Spiderman 2 yang merupakan kesinambungan Peter Parker yang telah dilanda masalah peribadi terpaksa menentang seorang ahli sains terkemuka bernama Dr. Otto Octavia yang menjadi Dr. Octopus selepas terlibat dengan kemalangan yang memberikannya kebolehan untuk berhubung secara psikik.

Manakala Independence Day pula kisah makhluk asing datang ke bumi dengan matlamat untuk menyerang dan memusnahkannya. Dalam usaha menentang teknologi yang lebih canggih, senjata terbaik manusia ialah semangat dan keazaman untuk hidup. Filem diterbitkan tahun 1996 ni dibintangi Will Smith, Bill Pullman, Jeff Goldblum, Mary McDonnell dan Judd Hirsch.

Kemudiannya penonton diajak bergelak ketawa dengan filem buah tangan pengarah terkenal Mamat Khalid menerusi filemnya, Zombie Kampung Pisang. Aksi lakonan Awie, AC Mizal, Soffi Jikan, Que Haidar, Ezlynn, Nadia Mustafar, Ruminah Sidek dan Zami Ismail ini mengisahkan ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam.

poster zombie

Filem Gong pula memaparkan kisah lima pelajar yang mengadakan lawatan ke Jogyakarta, Indonesia dimana disana mereka telah singgah ke Muzium Kesenian Jogya. Tris, salah seorang daripada mereka telah membawa pulang sebuah gong yang dipercayai digunakan untuk majlis kraton pada kurun ke-17 dan mempunyai sumpahan. Pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan berlaku di tempat penginapan pelajar-pelajar tersebut. Pelakon yang membintangi filem ini antaranya Jehan Miskin, Sharifah Sofea, Fasha Sandha, Elyana dan Faizal Yusof.

Mengisi slot Teater Lagenda pula filem Tiga Abdul kisah pergolakan keluarga Ismet Ulam Raja, seorang hartawan di Isketambola. Dia memiliki tiga orang anak lelaki iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dab Abdul Wahub. Apabila bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak mahu membolot harta peninggalan orang tua mereka.

Manakala Abdul Wahub yang benci dengan sikap tamak abang-abangnya bartindak memutuskan persaudaraan dengan mereka.

Pastikan juga anda menyaksikan filem Waris Jari Hantu lakonan Maya Karin, Rusdi Ramli, Azean Irdawaty dan Nanu Baharuddin ini mengisahkan Ari dan Tina berkawan baik sejak kecil dan bersaudara dengan Tok Wan Rimau.

Tok Wan Rimau adalah penjaga harimau saka keluarga Tina yang melindungi keluarga dan Pekan Mandekar dari bahaya. Ari berpewatakan lembut sering menjadi bahan usikan orang kampung. Tina mula menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan Ari pada suatu hari nanti.

Sebelum diakhiri filem hebat Hollywood bertajuk Hollow Man II, kisah seorang detektif Sealtle dan seorang ahli biologi yang mendapati mereka menjadi sasaran pembunuhan seorang pembunuh halimunan. Ikuti kisah selanjutnya lakonan Christian Slater, Peter Facinelli, Laura Regan dan David Mcllwvaith pada Aidilfitri ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan, Kamal Adli dalam Drama Madu Sorok

Drama Malam Raya Cahaya Lailatulqadar