in

Drama Malam Raya Cahaya Lailatulqadar

TELEFILEM MALAM RAYA RTM : CAHAYA LAILATULQADAR

Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan syahdu berlalunya bulan Ramadan yang dimana di dalamnya terdapat satu hari yang lebih mulia daripada seribu bulan, Lailatulqadar dengan tayangan sebuah telefilem menarik bertajuk Cahaya Lailatulqadar yang menemui penonton pada 10 September 2010, jam 1.00 pagi di TV1.

Dibawakan watak utamanya oleh Iqbal Mazalan selain turut dibantu Fathil Dani dan Kartina Aziz, drama Cahaya Lailatulqadar berkongsi kesedihan Zaleha di atas kematian anak sulungnya bernama Amru pada bulan Ramadan dua tahun lalu ketika menuntut di Sydney Australia.

Kejadian itu menyebabkan dia ‘mengharamkan’ sambutan ramadhan dan Aidilfitri dalam hidupnya. Pada masa sama Zaleha telah memutuskan segala ‘hubungannya’ dengan dunia luar, sehinggakan keluarga terseksa.

pelakon Cahaya Lailatulqadar

Begitu pun kedatangan Ramadan kali ini suaminya, Hassan telah berdoa kepada Allah semoga dibukakan hati isterinya untuk redha akan pemergian anak sulungnya. Dia begitu berharap agar dapat mengembalikan sinar dalam kehidupan dalam keluarganya terutamanya kepada kedua-dua anaknya Muaz dan Fatin.

Sebagai seorang suami, Hassan merasakan bahawa Zaleha terlalu mengikut hati sehinggakan menidakkan kewujudan beliau dan anak-anaknya, dan beliau amat tertekan dengan keadaan itu.

Kedatangan Aqil telah merubah situasi ‘dingin’ Zaleha. Pertemuan yang tidak disangka-sangka antara Aqil dan Hassan di Masjid telah membawa Aqil ke rumah Hassan, perwatakan Aqil yang saling tak tumpah seperti aruah Amru telah mengembalikan semangat Zaleha. Zaleha merasakan seakan Amru telah pulang kepadanya.

Perubahan demi perubahan berlaku biarpun kehadiran Aqil hanya buat satu malam. Aqil telah menyedarkan Zaleha, bahawa ibu yang penyayang itu perlu redha akan kehilangan anak kesayangannya itu.

Hubungan mesra yang wujud antara Aqil dan keluarga Hassan dan Zaleha seolah-olah rahmat yang diturunkan oleh Allah pada Malam Lailatulqadar. Mereka seolah-olah satu keluarga yang bahagia. Zaleha seolah-olah telah mendapat kembali semangat dan dirinya.

Namun kedatangan rakan-rakan Amru pada hari raya Aidilfitri telah membuka satu misteri, apabila mereka menyatakan sememangnya Aqil adalah rakan Amru, namun Aqil juga seperti Amru meninggal dunia ketika mengalami kemalangan di Sydney.

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu? Adakah Zaleha kembali membuka hatinya redha menerima takdir Allah? Untuk mengetahui kesudahannya pastikan anda menyaksikan Cahaya Lailatulqadar pada 10 September 2010, jam 1.00 pagi di TV1.

cahaya lailatulqadar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 FILEM HEBAT TAYANGAN TV2 SEMPENA AIDILFITRI

Rancangan Raya Ziana Zain